my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perubatan Rehabilitasi

PENGENALAN

Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi terletak di bangunan Wad Geriatrik Lama bersebelahan wad 14 (bangunan lama).

Aspirasi jabatan ini pada masa akan datang adalah untuk memberi perkhidmatan pengkhususan di dalam pelbagai bidang Perubatan Rehabilitasi selain mempunyai bangunan, fasiliti dan tenaga kerja yang menepati piawaian Tahap 4 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi.

VISI

Menjadi pusat cemerlang di dalam memberi perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi, pembelajaran, latihan dan penyelidikan dan perkembangan dalam bidang yang berkaitan di Kluster Perak Utara, Malaysia.

MISI

Menjadi pusat perubatan rehabilitasi yang berkualiti, cekap dan prihatin kepada semua pelanggan serta berdasarkan ciri-ciri khidmat penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan.

OBJEKTIF UMUM

Melaksanakan perkhidmatan diagnostik, pemulihan dan rehabilitasi yang sesuai,berkesan dan selesa untuk pesakit dan keluarga.

Menaik taraf dan mengekalkan kecekapan dan profesionalisme kakitangan perubatan rehabilitasi melalui aktiviti CME dan pengalaman kerja.

OBJEKTIF KHUSUS

Memberi perkhidmatan dan perawatan Perubatan dan Rehabilitasi yang lebih komprehensif kepada pesakit-pesakit dalam wad inpatient dan pesakit luar outpatient yang mengalami ketidak-upayaan Impairment dan Disability kesan daripada komplikasi penyakit atau kecederaan agar tahap kefungsian dan kualiti hidup mereka dapat dioptimakan.

Memberi latihan dan pengajaran kepada pasukan rehabilitasi, allied health, doktor, jururawat dan tenaga pekerja Hospital Taiping yang berkaitan di peringkat tempatan dan nasional.

Memastikan semua jenis perkhidmatan perubatan rehabilitasi am yang disediakan di hospital mencukupi, bersesuaian, cekap dan berkesan

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERUBATAN REHABILITASI

  • Setiap pelanggan akan diberi rawatan dan program rehabilitasi yang menyeluruh dan berkualiti.
  • Setiap pelanggan yang memerlukan rehabilitasi khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke fasiliti yang bersesuaian.
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pesakit atau warisnya akan diberikan penerangan yang jelas mengenai rawatan dan program rehabilitasi yang dicadangkan, termasuk risiko dan pilihan yang lain.
  • Setiap pesakit akan dijaga sifat – sifat kemuliannya semasa menjalani program rehabilitasi. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu dengan keizinan pesakit, tertakluk kepada undang- undang.


 

SKOP PERKHIDMATAN

Jabatan Perubatan Rehabilitasi memberi perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi Am dan Rehabilitasi Khusus yang disediakan di hospital bagi pesakit dalam serta pesakit luar seperti berikut”

Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi Pesakit Dalam :  

  1. Rehabilitasi Am
  2. Rehabilitasi Khusus:
  • Spinal Rehabilitation Programme
  • Stroke Rehabilitation Programme
  • Neurological Rehabilitation
  • Amputee Rehabilitation
  • Cardiac Rehabilitation
  • Paediatric Rehabilitation
  • Orthopaedic Rehabilitation
  • Oncology Rehabilitation

Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi Pesakit Luar

  1. Klinik Perubatan Rehabilitasi Pesakit Luar
  2. Klinik Prosthethic and Orthotic
  3. Klinik Specialized Seating System and Wheelchair
  4. Klinik Spasticity dan Serial Casting
  5. Klinik Serial Casting
  6. Klinik Return to Work (bersama PERKESO)
  7. Klinik Penjagaan Luka
  8. Sesi Suntikan Botulinum Toxin-A secara Ultrasound Guided.
  9. Sesi Suntikan Minimally Invasive Pain Control Interventions, Minimally Invasive Musculoskeletal Interventions (Intra-articular knee, shoulder, hip injections, nerve blocks, etc.)

Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi Dalam Hospital Kluster Perak Utara (Hospital Parit Buntar & Hospital Kuala Kangsar)

i. Rondaan wad pesakit 

ii. Lawatan klinik pakar 

Perkhidmatan kepakaran di Hospital Kluster Perak Utara

  1. Menyediakan lawatan pakar ke Non-Lead Hospital (NLH) iaitu di Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Parit Buntar mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pakar Perubatan Rehabilitasi membuat rondaan wad di Wad Penyayang, Hospital Kuala Kangsar yang mempunyai 4 katil Perubatan Rehabilitasi yang telah diwartakan dan pesakit dalam lain yang memerlukan konsultasi Perubatan Rehabilitasi.
  2. Lawatan Klinik Pakar (Visiting Specialist Clinic) di NLH akan dilakukan oleh seorang Pakar Perubatan dan seorang Pegawai Perubatan mengikut jadual yang ditetapkan. Sekiranya perlu, rondaan wad bersama Pegawai Perubatan NLH akan dilakukan di wad-wad untuk memberikan rawatan terbaik kepada pesakit di NLH.
  3. Lawatan Pakar ke Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Parit Buntar masing-masing dilaksanakan sebulan sekali.

Pusat rujukan kepada Hospital dan Klinik Kerajaan/ Swasta

  1. Selain daripada rujukan rehabilitasi dari jabatan-jabatan di dalam hospital, jabatan ini juga menerima rujukan dari hospital kerajaan atau swasta dan klinik kesihatan dari Hospital Kluster Perak Utara.

Bilangan katil

Sebanyak 2 buah katil telah diwartakan untuk kegunaan Perubatan Rehabilitasi Am di wad C5 (Wad Orthopedik).

 

WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN

Pesakit Luar :

  • Rawatan pesakit luar dan perkhidmatan yang lain dijalankan mengikut jadual yang mendapat kelulusan dari Ketua Jabatan.
  • Jadual klinik pesakit luar adalah seperti berikut :

HARI

MASA

Isnin hingga Khamis

8.00am - 1.00pm (AM)

2.00pm - 5.00pm (PM)

Jumaat

8.00am - 12.15pm (AM)

2.45pm - 5.00pm   (PM)

Sabtu,Ahad dan Kelepasan AM

TUTUP


Pesakit Dalam

  • Pakar Perubatan/Pegawai Perubatan akan membuat rondaan di wad disiplin lain mengikut waktu pejabat.
  • Pegawai atas panggilan akan melihat pesakit dalam terutama pesakit menerima rawatan intensif di Wad C5 di luar waktu pejabat/hujung minggu/ cuti umum mengikut keperluan.

CARTA ORGANISASI KLINIK PAKAR PERUBATAN REHABILITASI

cartarehab


googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Paparan Laman Web

Untuk pengalaman yang lebih baik sila gunakan:

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768

Mobile Web

Image
Jumlah Pelawat
Hari Ini: 75
Jumlah Keseluruhan: 29,302

Tarikh Kemaskini

  • 20 September 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video