𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈: 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐅𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐈𝐏𝐈𝐍𝐆
Hospital Taiping akan melaksanakan penyelarasan laluan trafik di kawasan hospital berkuat kuasa 𝟐𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧), 𝐦𝐮𝐥𝐚𝐢 𝐣𝐚𝐦 𝟔.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 bagi melancarkan pergerakan kenderaan, mengurangkan kesesakan dan mencegah risiko kemalangan demi keselamatan 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤.
𝐏𝐄𝐍𝐄𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑
𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮 𝐀 (𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐢)
Dikhususkan sebagai 𝐥𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 bagi semua kenderaan ke dalam kawasan hospital. Tiada perubahan.
𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮 𝐁 (𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐦𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐢)
Dikhususkan sebagai 𝐥𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 bagi semua kenderaan. Tiada perubahan.
𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮 𝐂 (𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐥)
Dikhususkan sebagai 𝐥𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 yang memasuki kawasan hospital.
𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮 𝐃 (𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐞𝐬𝐞𝐧)
Dikhususkan sebagai 𝐥𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 sahaja. 𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐤𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐏𝐢𝐧𝐭𝐮 𝐃 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧.
𝐖𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧: 𝟔.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦.
Semua pengguna jalan raya dimohon merujuk pelan penyelarasan laluan yang disertakan serta mematuhi papan tanda dan arahan yang berkuatkuasa.
Pihak hospital memahami bahawa perubahan laluan ini mungkin mengambil sedikit masa untuk dibiasakan. Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya disaran merancang perjalanan lebih awal dan memberikan kerjasama sepanjang tempoh penyesuaian ini.
𝐋𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧. 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐝𝐢𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐫 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐚𝐫𝐮𝐬 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐢 𝐥𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐥𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚.
𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐫𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚. 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧, 𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐫𝐮𝐣𝐮𝐤 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐓𝐚𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠.
Justeru, kami amat mengharapkan kerjasama, pemahaman dan keprihatinan semua pihak agar pelaksanaannya berjalan lancar serta dapat membantu mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan dalam kawasan hospital.
Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda.
Bahagian Khidmat Pengurusan
Hospital Taiping



