my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Taiping Melakar Sejarah : Angels Region Pertama di Asia Tenggara

𝐓𝐚𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐑𝐞𝐠𝐢𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫𝐚
 

Hari ini, Taiping meraikan pencapaian membanggakan apabila diiktiraf sebagai Angels Region pertama di Malaysia!

Lebih bermakna, kejayaan ini turut diraikan bersempena Hari Strok Sedunia.

Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi dan kerjasama petugas kesihatan, pasukan kecemasan, pendidik serta komuniti Taiping dalam memastikan hasil terbaik bagi pesakit strok.

Sebagai Stroke Ready Hospital di rantau ini, Hospital Taiping berjaya memperoleh Anugerah Angels Region melalui tiga tonggak utama pengukuran:
1️⃣ Hospital Taiping menerima Anugerah WSO Angels buat kali kelima dengan pencapaian Status Platinum (Suku Kedua 2025) buat julung kali.
2️⃣ Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) Kluster Perak Utara mencapai Status Diamond dalam EMS Angels Award (Suku Kedua 2025).
3️⃣ Kempen FAST Heroes berjaya mendidik 777 kanak-kanak di Taiping mengenai kesedaran strok melalui pendekatan menyeluruh melibatkan Hospital Taiping, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah, KEMAS, SK Pengkalan Aur dan tadika-tadika swasta.

Di sebalik kejayaan ini, kita meraikan dedikasi, kerjasama dan komitmen warga Taiping dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan kesedaran strok di komuniti.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Ong Seng Guan, ADUN Pokok Assam mewakili YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Taiping, serta diiringi oleh YBrs. Dr. Feisul Idzwan Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak dan YBrs. Dr. Jamal Malik, Ketua Perubatan Boehringer Ingelheim.

Penerima Anugerah:
🏅 Anugerah Angels Region – Dr. Feisul Idzwan Mustapha
🏅 Pejabat Kesihatan Daerah LMS – Dr. Amar Amsyar
🏅 Pejabat Pendidikan Daerah LMS – Cik Hajah Norlelawati binti Desa
🏅 Pejabat KEMAS Taiping – Puan Syahirah binti Mohd Rasid
🏅 SK Pengkalan Aur – Pn. Salina binti Abu Talib
🏅 Tadika Adiwangsa – Madam Maria
🏅 Tadika Cheng Kung – Madam Ng Huey Min
🏅 Tadika Che Pheng Khor – Madam Lee Ying Hoay
🏅 Tadika Anis – Pn. Wan Azimah binti Wan Hassan
🏅 Hospital Taiping WSO Angels Award – Dr. Khuzaini & Dr. Cheah Wee Kooi
🏅 Hospital Taiping EMS Angels Award – Dr. Khuzaini & Dr. Azmir

Hospital Taiping turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan oleh pejabat Parlimen dan ADUN Taiping, sebagai tanda sokongan terhadap kesinambungan perkhidmatan perawatan kesihatan di Taiping.

Jutaan terima kasih kepada pendidik dan si cilik FAST Heroes atas persembahan yang cukup memukau semasa majlis.

Tahniah kepada semua penerima anugerah atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan inisiatif Angels Region Taiping — Taiping, perintis Angels Region pertama di Malaysia! 💙

googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Paparan Laman Web

Untuk pengalaman yang lebih baik sila gunakan:

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768

Mobile Web

Image
Jumlah Pelawat
061697
Today: 61
Total: 61,697

Tarikh Kemaskini

  • 20 Julai 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video