Pesakit sendiri /Saudara terdekat / agen /peguam boleh memohon laporan perubatan dari Unit Rekod Perubatan, Tingkat 3, Blok Servis Klinikal atau menghantar secara bertulis. Pesakit sendiri / Saudara terdekat / agen / peguam mestilah membawa perkara seperti berikut :-
- Borang Pemohonan/Surat Pemohonan. (PER ML 103/Pind.07/12) -* Borang boleh dimuat turun dari laman web di ruangan Muat turun
- Salinan kad temujanji klinik/ bil hospital / nota discaj.
- Salinan Kad Pengenalan pesakit
- Borang Insurans / KWSP / PERKESO (Jika perlu)
- Surat Kebenaran pesakit yang diberikan oleh pesakit ( diperlukan untuk agen, pesakit sendiri / saudara terdekat). -* Borang boleh dimuat turun dari laman web di ruangan Muat turun
Tempoh untuk menyiapkan laporan adalah dalam jangka masa 30 hari bekerja (tidak termasuk sabtu,ahad dan cuti umum)
PEMBAYARAN (Berdasarkan akta Fee)
JENIS LAPORAN | JUMLAH | |
1 | Insurans / laporan cadangan/ SOCSO / KWSP | RM 40.00 |
2 | Laporan Pakar Ringkas | RM 80.00 |
3 | Laporan Pakar Terperinci | RM 200-1000 |
* Warga asing bayaran sebanyak dua kali ganda