my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Majlis Menaikkan Jalur Gemilang HSR

🇲🇾12 OGOS 2026 | SEMANGAT MERDEKA, JIWA MALAYSIA 🇲🇾
 
Semangat patriotisme terus disemarakkan di Hospital Slim River menerusi Majlis Menaikkan Jalur Gemilang yang berlangsung dengan penuh tertib dan bermakna.
Acara dimulakan dengan nyanyian Negaraku, diikuti alunan lagu-lagu patriotik yang menyemarakkan rasa cinta, bangga dan syukur sebagai rakyat Malaysia. Program ini turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi Hospital Slim River bersama seluruh warga hospital sebagai tanda sokongan dan kebersamaan dalam menyemarakkan semangat cintakan negara.
 
Sebagai kesinambungan sambutan, kemeriahan semangat Merdeka turut diteruskan dengan pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan jabatan, ambulans serta kenderaan pelawat hospital. Inisiatif ini bukan sahaja menceriakan persekitaran hospital, malah menjadi simbol kasih sayang, penghargaan dan kebanggaan kita terhadap tanah air tercinta.
 
Semoga semangat Merdeka terus subur dalam jiwa setiap warga kerja, menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berjiwa rakyat.
 
Kibarkan Jalur Gemilang. Hayati semangat Merdeka dengan penuh rasa bangga, hormat dan tanggungjawab.
 
 

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

034999
Today: 75
Total: 34,999

Tarikh Kemaskini

  • 15 September 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video