my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Radiologi

 

Jabatan Radiologi

Jabatan Radiologi telah memulakan operasinya pada 21 Mac 2001. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan pengimejan kepada pesakit dalam, pesakit luar, Klinik Pakar, Jabatan Kecemasan dan Traumatologi, termasuk pesakit yang dirujuk dari Klinik Kesihatan yang berhampiran.

Lokasi: Aras 2 Blok Utama Hospital Slim River (HSR).

 

VISI JABATAN RADIOLOGI

Menjadi sebuah institusi yang cekap dan cepat semasa memberikan perkhidmatan yang mengutamakan kualiti.

 

MISI JABATAN RADIOLOGI

Sentiasa memberikan perkhidmatan pengimejan diagnostik yang berkualiti dalam peranannya membuat diagnosa pesakit serta membantu pengurusan pesakit dengan cekap dan menerapkan nilai professional serta prihatin dan memberi layanan mesra dalam rawatan pesakit.Berusaha menambahbaikkan kualiti menerusi pemerhatian dan kaji selidik yang berterusan.

 

OBJEKTIF JABATAN RADIOLOGI

Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengimejan  X-Ray,  CT Scan, Mammografi, dan Ultrasound kepada pesakit dalam dan pesakit luar di hospital ini. Memastikan kadar penolakan filem tidak melebihi 5% bagi kiraan bulanan dan tahunan.

 

PERKHIDMATAN JABATAN RADIOLOGI

Perkhidmatan pengimejan yang di sediakan adalah termasuk   X-Ray ,OPG,  CT Scan ,  Mammogram 3D digital Breast Tomosyntnesis dan Ultrasound.

  1. Radiografi Am (Pemeriksaan X-ray Biasa)
    • Dada
    • Rangka Kepala
    • Ekstrimiti atas dan bawah
    • Abdomen
    • Spina Vertebrata
    • Pelvis
    • Tinjauan Skeletal (Skeletal Survey)
  1. Pemeriksaan CT Scan (Multi Detector Computer Tomography)
    • Pemeriksaan dilakukan berdasar system temujanji untuk kes-kes elektif.
    • Perkhidmatan 24 jam bagi pemeriksaan kes-kes “urgen” kecemasan seperti kes trauma dan kes tenat seperti stroke.
    • Melakukan pemeriksaan intervensi seperti CTA dan Biopsy.
  1. Pemeriksaan Mamm ogram (3D digital Breast Tomosyntnesis)
    • Pemeriksaan dilakukan berdasarkan system temujanji untuk kes-kes elektif.
    • Melakukan pemeriksaan intervensi seperti ductogram hookwire dan stereotactic biopsy.
  1. Pemeriksaan Ultrasound
    • KUB (Kidney, Ureter, Bladder)
    • HBS (Hepatobiliary System)
    • Abdomen
    • Neck
    • Breast
    • Insertion of Nephrostomy Tube Under Ultrasound Guidance
    • Doppler
    • Biopsy
  1. Pemeriksaan X-ray mudahalih (Mobile)
    • Pemeriksaan dilakukan di wad-wad, bilik Mayat, Dewan Bedah dan Jabatan Kecemasan.
  1. Laporan Filem X-ray
    • Laporan disediakan oleh Pakar Radiologi atau Pegawai Perubatan Radiologi.
    • Laporan untuk pesakit dalam disediakan dalam tempoh 2 hari.
    • Laporan untuk pesakit luar disediakan dalam tempoh 14 hari.

 

WAKTU OPERASI RADIOLOGI
 
     Hari / Masa          Waktu Operasi       

    Isnin - Khamis       

     8.00 Pagi      -  1.00 Petang

     1.00 Tgh       -  2.00 Petang  (Rehat)       

     2.00 Petang  -  5.00 Petang

    Jumaat  

     8.00 Pagi      -  12.30 Tengahari

     12.15 Tgh       -  2.45 Petang  (Rehat)       

     2.45 Petang  -  5.00 Petang

*** Kes-Kes Kecemasan dibuka 24 jam

 

(Selepas waktu pejabat,  hari Sabtu, Ahad dan cuti umum hanya menjalankan pemeriksaan bagi kes-kes kecemasan sahaja.)

 

JABATAN RADIOLOGI HSR     RUANG MENUNGGU JABATAN RADIOLOGI

jabatan_radiologi.png

 

      ruang_menunggu_jabatan_radiologi.png

     
 BILIK 1 DDR & OPG  

 BILIK 2 RADIOGRAFI AM (CR) 

     

Bilik 1 ddr opg

 

Bilik_2_Radiografi_Am_CR.png

     
 BILIK 3 CT SCAN    BILIK 4 ULTRASOUND

 

ct_scan.png

 

 

bilik Ultrasound

     
 BILIK 5 MAMMOGRAM (TOMOSYNTNESIS)    BILIK  LAPORAN
     
bilik mammogram  

 

 

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 33
Jumlah Keseluruhan: 12,979

Tarikh Kemaskini

  • 15 April 2024

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video