PENGENALAN
Klinik Telinga, Hidung & Tekak (ENT) yang kini dikenali sebagai Otorinolaringologi (ORL) Hospital Slim River telah ditubuhkan pada tahun 2005 dengan lawatan Pakar ORL dari HUKM, Hospital Teluk Intan dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Jabatan Otorinolaringologi Hospital Slim River terus berkomitmen untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan di kawasan ini. Dengan sumber daya yang diperkuat dan kolaborasi dengan pakar-pakar berkualiti, kami berusaha untuk memberikan rawatan ORL yang optimum kepada masyarakat. Kami juga terus memperluas perkhidmatan dengan tujuan memberikan rawatan yang holistik dan menyeluruh kepada pesakit, termasuk dalam bidang pemulihan pertuturan.
MISI
Jabatan Otorinolaringologi sebagai Jabatan yang memberi perkhidmatan kepakaran yang cemerlang, selamat dan inovatif menggunakan teknologi terkini yang berteraskan kerja berpasukan dan profesionalisme.
VISI
Jabatan Otorinolaringologi sebagai Jabatan yang memberi perkhidmatan kepakaran yang cemerlang, selamat dan inovatif menggunakan teknologi terkini yang berteraskan kerja berpasukan dan profesionalisme.
OBJEKTIF
Objektif Jabatan Otorinolaringologi adalah seperti berikut ;
- Memberikan perkhidmatan kepakaran telinga, hidung dan tekak dan pembedahan (kepala dan leher) yang berkualiti dan efisien.
- Memberi pendidikan dan latihan dalam kepakaran Otorinolaringologi kepada perawat kesihatan, pesakit dan juga orang awam.
- Menjadi tempat untuk penglibatan aktif dalam penyelidikan, inovasi dan aktiviti kualiti
- Menyediakan sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan pendengaran dengan pelaksanaan, pengesanan dan intervensi awal masalah pendengaran di kalangan masyarakat serta meningkatkan kualiti perkhidmatan Audiologi .
- Meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai masalah pertuturan bahasa, komunikasi dan penelanan serta rawatan yang tepat dan berkesan
LOKASI
Klinik Otorinolaringologi terletak di dalam bangunan Klinik Pakar MOPD dan bersebelahan dengan Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial (OMFS).
SKOP PERKHIDMATAN
- Perkhidmatan Pesakit Luar
- Klinik Pakar ORL bagi pesakit luar yang dirujuk yang mengalami masalah ORL
- Klinik Audiologi
- Pemeriksaan Saringan Pendengaran
- Ujian Pendengaran –PTA/TYMP
- Ujian amplifikasi
- Rehabilitasi pendengaran
- Klinik Pertuturan dan Penelanan
- Terapi Pertuturan
- Terapi penelanan dan ujian FEES
- Klinik Onkologi
- Klinik "Obstructive Sleep Apnea”
- Klinik Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC) – prosedur non –invasif dimana sampel tisu diambil melalui teknik aspirasi sel untuk tujuan diagnosa ketumbuhan pada kepala dan leher. Prosedur ini dijalankan dengan kerjasama daripada Jabatan Patologi.
- Perkhidmatan Pesakit Dalam
- Perkhidmatan Pembedahan Kecemasan dan Elektif ORL
- Perkhidmatan Pembedahan Harian ORL
- Lembaga PERKESO


