Perhubungan Awam
Pada tahun 2009, Unit Perhubungan Awam ditubuhkan secara rasmi dan telah diterajui oleh seorang Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 serta dibantu oleh 10 orang Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19. Operasi Unit Perhubungan Awam makin berkembang dengan memberi fokus utama sebagai penghubung antara pihak hospital dengan pelanggan/ orang awam. Selain daripada fungsi utamanya menguruskan aduan-aduan orang awam dan kakitangan dalaman, unit ini juga berperanan untuk memberi penerangan dan penjelasan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Slim River kepada orang awam. Selain daripada itu, unit ini juga menguruskan segala urusan promosi dan publisiti ke atas setiap program dan aktiviti anjuran Jabatan, mengurus tadbir lawatan rasmi ke Hospital Slim River serta membuat pemantauan ke atas semua media massa yang memaparkan isu berkaitan Hospital Slim River.
Visi Unit Perhubungan Awam
Menjadi penghubung antara orang awam dengan jabatan bagi memastikan pelanggan menerima mesej dan maklumat yang tepat.
Misi Unit Perhubungan Awam
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dalam pembentukkan imej jabatan yang efisien dan cemerlang.
Objektif
- Membantu orang awam mendapatkan penjelasan yang tepat mengenai prosedur dan perkhidmatan di Hospital Slim River
- Mewujudkan sistem komunikasi yang baik di antara kakitangan barisan hadapan dengan pelanggan bagi meningkatkan imej dan persepsi awam terhadap organisasi
- Menjalankan pengurusan aduan secara berkesan bagi memastikan orang awam mendapatkan maklumbalas yang tepat dan telus
- Memasatikan semua pelanggan yang berurusan dengan Hospital Slim River akan diberikan layanan yang berkualiti, cekap dan mesra bersesuaian dengan keperluan pelanggan
- Mengeratkan keharmonian sesama unit di Jabatan dengan kesefahaman tugas serta maklumat kerja berlandaskan objektif organisasi/ jabatan
Waktu Operasi
Anggota yang bekerja dalam waktu pejabat dibenarkan mengambil Waktu Bekerja Fleksi (WBF) iaitu masa bekerja yang fleksibel di mana pegawai diberi fleksibiliti untuk hadir bekerja dalam tempoh waktu masuk dan waktu pulang yang ditetapkan, dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja selama 9 jam sehari.
| Hari/ Waktu | Masuk | Rehat | Pulang |
| Hari Isnin - Khamis | 07.30 pagi - 09.00 pagi | 1.00 petang - 2.00 petang | 4.30 petang - 6.00 petang |
| Hari Jumaat | 07.30 pagi - 09.00 pagi | 12.15 tengahari - 2.45 petang | 4.30 petang - 6.00 petang |
| Hari Sabtu - Ahad | TUTUP | ||
Bagi pegawai Khidmat Pelanggan, pegawai bekerja secara 3 shift.
| Hari/ Waktu | Pagi | Petang | Malam |
| Isnin - Ahad | 7.00 pagi - 2.00 petang | 2.00 petang - 9.00 malam | 9.00 malam - 7.00 pagi |
Skop Perkhidmatan
Unit Perhubungan Awam Hospital Slim River memberikan perkhidmatan seperti berikut:
1) Mengurus Kaunter Khidmat Pelanggan
- Kaunter Khidmat Pelanggan diwujudkan untuk penyampaian maklumat berkaitan perkhidmatan, penunjuk arah dan memberi bantuan kepada pesakit dan orang awam dalam waktu pejabat
- Pegawai Khidmat Pelanggan juga menjalankan tugas sebagai telefonis yang bertugas selama 24 jam dalam menjawab dan menyambungkan panggilan telefon


