PENGENALAN
Unit Pendidikan Kesihatan (UPK) adalah satu unit di bawah perkhidmatan sokongan klinikal. UPK berfungsi untuk menggalakkan masyarakat untuk menghargai kesihatan mereka sebagai satu aset yang bernilai melalui aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan yang dijalankan. Unit ini menyelaras, melaksanakan dan turut membantu jabatan atau unit lain melakukan aktiviti promosi dan kesihatan yang tertumpu pada warga kerja hospital dan pelawat dari semasa ke semasa. Secara amnya unit ini menjadi pelengkap untuk membantu mendidik pesakit, keluarga dan orang awam bagi memahami masalah kesihatan serta meningkatkan pengetahuan terhadap pencegahan penyakit secara umum.
VISI
Memberi perkhidmatan pendidikan pesakit dan promosi kesihatan yang cemerlang.
MISI
Memberikan maklumat dan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan melalui aktiviti-aktiviti pendidikan pesakit yang menjurus ke arah perubahan tingkah laku yang positif.
OBJEKTIF AM
Untuk memperkasakan pesakit dan keluarga dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang spesifik bagi membolehkan mereka menguruskan sendiri penyakit ke arah peningkatan kualiti hidup yang lebih baik.
OBJEKTIF KHUSUS
- Menyediakan pelanggan (pesakit, keluarga pesakit, orang awam dan kakitangan hospital) dengan intervensi-intervensi pendidikan pesakit/kesihatan secara berkala.
- Menyediakan perkhidmatan berhenti merokok secara sistematik dan berkesan.
- Beroperasi sebagai One Stop Center bagi menyalurkan maklumat kesihatan kepada pelanggan.
- Bekerjasama dengan unit/jabatan lain ke arah mempromosikan gaya hidup sihat melalui penyebaran maklumat-maklumat kesihatan kepada pelanggan.
- Menyediakan kemudahan peralatan kempen kesihatan seperti papan pameran, bahan cetak, penceramah dan sebagainya.
SKOP PERKHIDMATAN
- Merancang dan melaksanakan program pendidikan pesakit dan promosi kesihatan.
- Menerbit dan mengedar bahan-bahan promosi pendidikan pesakit dan kesihatan.
- Menganjurkan sambutan hari-hari khas kesihatan.
- Merancang latihan berkaitan dengan promosi kesihatan dan pendidikan pesakit.
- Melaksanakan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok.
- Melaksanakan Intervensi Penurunan Berat Badan IFitER
- Menjalinkan hubungan dan kerjasama (smart partnership) dengan organisasi bukan kerajaan.
- Mengukuhkan hubungan baik dengan Unit Promosi Kesihatan NEgeri, Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


