MISI JABATAN ORTOPEDIK
Menyediakan anggota- anggota terlatih dalam bidang kepakaran ortopedik dan menggunakan teknologi khusus dan terkini untuk meningkatkan kualiti dalam perawatan ortopedik.
- Dengan sentiasa mengemaskini pengetahuan diri dan kakitangan
- Menitip nilai kerja berpasukan dalam jabatan
- Membantu dalam memberi kesedaran dan pengetahuan pesakit terhadap pengcegahan dan rawatan penyakit
- Memberi perkhidmatan bebas kesakitan kepada pesakit
- Menyediakan khidmat rawatan pesakit berpusat (Patient Centered Care)
VISI JABATAN ORTOPEDIK
Memberi perawatan kepakaran dalam bidang ortopedik yang professional dan berkualiti secara berterusan bagi mencapai kepuasan pelanggan.
OBJEKTIF JABATAN ORTOPEDIK
Memberi rawatan kepakaran dalam bidang ortopedik dan kepatahan tulang secara professional, terkini dan berkualiti serta menjaga kerahsiaan bagi pesakit- pesakit yang mendapat rawatan di jabatan ini.
LOKASI
Klinik Pakar Ortopedik terletak di aras dua Hospital Slim River sama aras dengan pintu masuk utama Hospital.
SKOP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI JABATAN ORTOPEDIK
Jabatan Ortopedik Hospital Slim River memberikan perkhidmatan kepakaran seperti berikut:
- Klinik Pakar Pesakit Luar Ortopedik
- Klinik Penjagaan Luka
- Perkhidmatan rawatan POP
- Perkhidmatan Pesakit Dalam Wad Ortopedik
- Perkhidmatan Pembedahan Rawatan Harian (Daycare Surgery)
- Perkhidmatan Pembedahan Ortopedik
- Perkhidmatan Mediko-legal – termasuk penilaian fizikal kepada pesakit untuk laporan perubatan, laporan polis, SOCSO dan lain-lain tuntutan perkhidmatan rawatan pesakit.
- Bidang sokongan klinikal seperti – unit pengimejan, farmasi, fisioterapi, rekod dan mediko-legal dan makmal.
- PERKHIDMATAN KLINIK PAKAR ORTOPEDIK
- Pengenalan
Klinik ini mempunyai 1 kaunter penerimaan dan pendaftaran pesakit, 4 bilik pemeriksaan pesakit yang digunasama pada hari yang berbeza, 2 bilik prosedur dan 1 bilik POP. Klinik diketuai oleh Ketua Jabatan Ortopedik dan dianggotai oleh Pakar Ortopedik, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
- Skop
Klinik Pakar Ortopedik memberi perkhidmatan rawatan kepada semua pesakit yang mempunyai tarikh temujanji pada hari isnin dan rabu. Klinik Hari isnin merangkumi keskes trauma dan kes baru manakala hari rabu untuk kes umum. Di sebelah petang pada kedua- dua hari tersebut ialah klinik penjagaan luka. Temujanji boleh dibuat pada waktu pejabat samada melalui telefon atau datang sendiri ke kaunter klinik:
- Pendaftaran pesakit adalah berpusat di lobi hospital.
- Kaunter penerimaan pesakit dibuka dari jam 7:30 pagi hingga 12:00 tengahari untuk sesi pagi.
- Kaunter Penerimaan pesakit di buka semula pada jam 2:00 petang sehingga jam 4:00 petang.
- Pemeriksaan pesakit oleh doktor bermula dari jam 8:00 pagi sehingga semua pesakit selesai diperiksa
- PERKHIDMATAN KLINIK PENJAGAAN LUKA
- Pengenalan
Klinik penjagaan luka dijalankan setiap hari isnin dan rabu dari jam 2:00 petang sehingga jam 5:00 petang.
- Skop
Kes- kes yang di lihat mesti mempunyai temujanji atau rujukan dari jabatan-jabatan lain atau klinik kesihatan untuk mendapat rawatan kepakaran. Semua pesakit mesti di lihat oleh pakar atau pegawai perubatan dan rawatan luka/ dressing akan dilakukan oleh penolong pegawai perubatan atau jururawat terlatih di bilik rawatan.
- PERKHIDMATAN RAWATAN POP
- Pengenalan
Bilik POP Jabatan Ortopedik terletak di aras dua di klinik Pakar Hospital Slim River, Bilik ini adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan, Penyelia Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
- Skop
Bilik POP memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit-pesakit yang telah menjalani pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan atau Doktor Pakar di Klinik Ortopedik. Dengan arahan yang diberikan, rawatan ke atas pesakit akan dilakukan oleh Penolong Pegawai Perubatan. Rawatan yang dijalankan meliputi pemasangan dan pembukaan POP, traksi, splinting, bandaging dan lain-lain berkaitan immobilisasi. Perkhidmatan di sini dijalankan dalam masa waktu pejabat.
- PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM (WAD ORTOPEDIK)
- Pengenalan
Wad 5 Ortopedik terletak di aras 4 Hospital Slim River. Terdapat 20 katil kelas 3, termasuk 1 bilik isolasi.
Wad ortopedik adalah di bawah tanggungjawab Ketua Jabatan Ortopedik, Pakar Ortopedik, Pegawai Perubatan, Penyelia Jururawat, Jururawat Terlatih dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
- Skop
Wad ortopedik memberi perkhidmatan kepada pesakit-pesakit yang perlu kemasukkan ke wad untuk rawatan lanjut samaada dari klinik pakar ortopedik, wad kecemasan atau rujukan hospital lain. Rawatan yang dijalankan meliputi pemeriksaan pesakit oleh Pegawai Perubatan atau Doktor Pakar, rawatan dressing dan perubatan oleh Jururawat Terlatih, pengambilan spesimen urine/darah pesakit, penjagaan kebersihan diri, pemakanan dan keselesaan pesakit ketika di dalam wad.
- Objektif kualiti
- Semua pesakit yang dimasukkan ke wad akan ditempatkan dikatil dalam masa 10 minit selepas kemasukan.
- Setiap pesakit yang dimasukkan ke wad akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan sekurang-kurangnya sekali sehari.


