my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Kawalan Infeksi

 

Unit Kawalan Infeksi

Unit Kawalan Infeksi Hospital Slim River ditempatkan bersekali  dengan Jabatan Patologi iaitu di Aras 1 untuk memudahkan unit ini memantau kes-kes nosokomial / ”Healthcare Associated Infection” di Unit/wad di hospital ini.

Pasukan kawalan infeksi Hospital Slim River mempunyai  anggota yang terdiri daripada :

  • 1 Pakar Perubatan Am ( Ko-ordinator)
  • 1 Pegawai Perubatan UD54
  • 1 Ketua Jururawat U32
  • 1 Jururawat Terlatih U29
  • 58 Link Officer (pelbagai disiplin)

 

VISI 

Memberi sepenuh komitmen dan sumbangan dalam penyebaran maklumat berkaitan kawalan infeksi supaya pesakit mendapat penjagaan yang berkualiti, bebas dari jangkitan serta mencapai pemulihan yang awal dan maksimum.

 

MISI 

Meningkatkan kualiti perawatan pesakit menerusi kefahaman dan kesedaran di kalangan semua anggota tentang kepentingan pengawalan infeksi nosokomial

 

OBJEKTIF 

 

  1. Menjalankan tugas-tugas klinikal
    • Bekerjasama dengan ahli HIACC ( Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik) hospital dalam menyelia dan memberi nasihat berkaitan pencegahan jangkitan  dan polisi di hospital.
    • Memberi nasihat dan bimbingan  kepada kakitangan hospital /Link Officer dalam menangani isu kawalan jangkitan.
    • Memastikan kepentingan klinikal keputusan makmal MDRO atau kemungkinan wabak.

  1. Survelan
    • Menyelaraskan aktiviti survelan atau  pengawasan jangkitan di hospital mengikut arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
    • Mengumpul maklumat survelan dan menghantar data yang berkaitan kepada pihak KKM  termasuk kajian prevalens jangkitan yang diperolehi di hospital (HCAI) , audit antibiotic dan audit pematuhan terhadap  kebersihan tangan.

  1. Penyelarasan aktiviti kawalan jangkitan
    • Kenal pasti potensi bahaya penyakit berjangkit dan cadangkan tindakan pemulihan yang sesuai kepada kakitangan yang terlibat.
    • Mengenalpasti, menyiasat dan melaksanakan langkah kawalan segera semasa wabak. 

  1. Pengurusan
    • Mengambil bahagian dalam pembangunan dan pelaksanaan dasar kawalan jangkitan di hospital.
    • Memantau kepatuhan anggota terhadap kawalan jangkitan di hospital  melalui survelan audit yang dijalankan secara berkala.
    • Sediakan laporan dalam tempoh yang ditetapkan.
  1. Pendidikan berterusan
    • Menjalankan kursus dan menyelaras kempen pendidikan berkaitan kawalan infeksi  kepada semua kakitangan di hospital.
    • Pasukan Kawalan Infeksi juga sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkaitan jangkitan melalui proses membaca, menghadiri kursus, mesyuarat dan pameran. 
    • Memberi nasihat kepada kakitangan berkenaan bahaya kuman (mikrobiologi)  dalam keselamatan kesihatan pekerjaan dan isu berkaitan dalam kawalan jangkitan.
  1. Penyelidikan / Aktiviti peningkatan kualiti
    • Melaksanakan audit klinikal/projek peningkatan kualiti ke atas aktiviti kawalan jangkitan di hospital dan menilai keberkesanannya.

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 33
Jumlah Keseluruhan: 12,979

Tarikh Kemaskini

  • 15 April 2024

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video