PENGENALAN
Unit Kewangan Dan Hasil Hospital Slim River adalah satu Unit di bawah Unit Pengurusan. Unit Perolehan terletak di aras 5 Unit Pengurusan Hospital Slim River. Unit ini bertanggungjawab secara keseluruhan dalam merancang, mengurus dan menyelaras peruntukan, perbelanjaan dan hasil yang meliputi semua perkhidmatan Hospital Slim River.
MISI
Merancang semua aktiviti di bawah pengurusan kewangan dengan teratur dan efisyen.
Menggunakan sumber manusia dan lain-lain sumber acara berkesan untuk melaksanakan pengurusan kewangan yang berkesan.
Membuat kawalan dan pemantauan prestasi perbelanjaan dan kutipan hasil.
Menguatkuasakan semua peraturan kewangan.
VISI
Menjadi organisasi pengurusan kewangan terbaik dalam jentera Kerajaan.
OBJEKTIF
Untuk mencapai pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan dari segi ketetapan masa, pematuhan piawaian kualiti dan penggunaan sumber secara optimum selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
SKOP PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN DI UNIT KEWANGAN
- Pengurusan Peruntukan dan Anggaran Belanjawan
- Pembayaran Tuntutan dan Pinjaman
- Kutipan Hasil (Hasil Hospital)
- Cas Hospital
- Bil dan Pembayaran


