my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Kualiti

 

Unit Kualiti

Unit Kualiti diwujudkan berikutan dengan saranan Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pekeliling Bil.(35) dlm KKM bertarikh 30 Januari 2002 yang menyatakan setiap hospital utama dikehendaki menubuhkan Unit Sokongan Sekretariat Kualiti. Ia bertujuan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

Pada 15 April 2015, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengeluarkan Arahan Pengukuhan Aktiviti Unit Kualiti di Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah (KKM87/P3/12/5/3 Jld 14 (21)) di mana Ketua Pengarah Kesihatan menyarankan bagi Unit Kualiti sekurang-kurangnya dua (2) pegawai perubatan dan dua (2) ketua jururawat/penolong pegawai perubatan kanan ditempatkan di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), seorang (1) pegawai perubatan dan dua (2) ketua jururawat/penolong pegawai perubatan kanan di hospital berpakar dan dua (2) orang ketua jururawat/penolong pegawai perubatan kanan di hospital tanpa pakar/pejabat kesihatan daerah. Fungsi anggota-anggota Unit Kualiti adalah sepenuhnya melaksana, mengkoordinasi dan melakukan survelan bagi semua inisiatif kualiti mengikut keperluan dan arahan semasa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lokasi: terletak di aras 5 , sebelah kanan lift.

 

OBJEKTIF UMUM UNIT KUALITI 

 

Untuk memastikan semua aktiviti kualiti yang merangkumi aktiviti peningkatan kualiti KKM dijalankan dan dipantau dengan sempurna di Hospital Slim River.

 
OBJEKTIF KHUSUS UNIT KUALITI 

 

  1. Melaksanakan perancangan, pemantauan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti kualiti peringkat Hospital Slim River selaras dengan aktiviti-aktiviti inisiatif kualiti peringkat negeri (Jabatan Kesihatan Negeri) dan kebangsaan (Kementerian Kesihatan Malaysia) .
  1.  Memastikan aktiviti-aktiviti inisiatif kualiti yang telah ditetapkan oleh Pengarah Hospital, JKN dan KKM dijalankan dengan betul, data dikumpul dengan telus, audit dijalankan sewajarnya, dipantau pelaksanaan, dan data dilaporkan kepada pihak yang berkenaan sewajarnya pada masa yang ditetapkan.
  1. Menjadi sumber rujukan dan simpanan maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti hospital.

 
OBJEKTIF KUALITI UNIT KUALITI

 

  1. Audit Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) dan/atau Key Performance Indicator (KPI) Perkhidmatan Klinikal mencapai ≥80% full compliance/conformance
  1. Laporan RCA yang dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dihantar dalam masa 60 hari daripada tarikh insiden keselamatan pesakit (≥80%)
  1. 80% atau lebih (≥80%) daripada jumlah anggota hospital yang layak memilik sijil privileging yang sah.
  1. Hospital memiliki status akreditasi atau pensijilan ISO yang aktif dan sah.

 

AKTIVITI DI BAWAH PANTAUAN UNIT KUALITI

 

  1. Pemantauan Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) / Key Performance Indicator (KPI) Perkhidmatan Klinikal
  2. Kajian Kepuasan Pelanggan
  3. Malaysian Patient Safety Goals (MPSG)
  4. Pelaporan Insiden Keselamatan Pesakit
  5. Program Akreditasi
  6. Program Quality Assurance (QA) 
  7. Clinical Practice Guidelines (CPG)
  8. Hospital Bebas Kesakitan (Pain Free Hospital)
  9. Penyelidikan Klinikal
  10. Credentialing & Privileging (C&P)
  11. Audit Klinikal
  12. Lean Healthcare
  13. Morbidity & Mortality (M&M) Review 
  14. Program Inovasi 
  15. Program Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
  16. Perioperative Mortality Review (POMR)

 

ANGGOTA UNIT KUALITI

 

 No    Nama     Jawatan  Nombor Sambungan
 1  Dr Juliahana Binti Ishak  Ketua Unit Kualiti  5001
 2  Dr Dinesh Raj Gurunathan  Pegawai Perubatan UD54           8021
 3  Dr Siti Zaharah Binti Gusti Rusan Noor          Pegawai Perubatan UD52  5001
 4  Dr Suraya Binti Mohd Zairi  Pegawai Perubatan UD43  8021
 5  Rozilawati Binti Fadzim  Ketua Jururawat U32  8021

 

WAKTU OPERASI

 

 Hari Operasi Waktu  Operasi
 Isnin  -  Khamis        
 

8.00 pagi  -  1.00 petang

2.00 petang   -  5.00 petang

 Jumaat
 

8.00 pagi  -  12.15 petang

2.45 petang   -  5.00 petang

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 34
Jumlah Keseluruhan: 12,980

Tarikh Kemaskini

  • 15 April 2024

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video