my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Psikiatrik & Kesihatan Mental

 

Unit Psikiatrik dan Kesihatan Mental

Wad 6 mula beroperasi pada 7hb April 2014. Kekuatan katil 7 (bed strength ) 5 katil untuk pesakit perempuan dan 2 katil untuk pesakit lelaki. Tetapi wad untuk pesakit lelaki masih dalam perancangan untuk dibuka kerana kekangan anggota yang tidak mencukupi. Untuk sementara pesakit lelaki akan dirawat di wad 9 iaitu wad surgical di aras 5.

Lokasi: terletak di aras 4 , berhadapan dengan  wad 7 (wad untuk pesakit kes Mers Cov ), unit CSSD dan Unit Rawatan Harian.

 

VISI JABATAN PSIKIATRI

Jabatan Psikiatri akan memberikan perkhidmatan Perawatan Psikaitri yang berkualiti, mesra, berkhemah dan penyayang bagi memenuhi keperluan dan ekspitasi pelanggan.

 

MISI JABATAN PSIKIATRI

Berusaha memberikan suasana penjagaan dan perkhidmatan psikiatri yang cekap dan mesra melalui komitmen anggota kerja yang terlatih dan berpengetahuan dalam menangani permasalahan pesakit psikiatri.

 

OBJEKTIF JABATAN PSIKIATRI
  • Memberi kemudahan rawatan psikiatri kepada semua penduduk sekitar Daerah Batang Padang khasnya dan amnya kepada semua yang memerlukannya.
  • Menyediakan, mempertingkatkan serta memperbaiki perkhidmatan psikiatri dari masa ke semasa menurut pada keperluan pelanggan.
  • Mengurangkan kadar peningkatan pesakit psikiatri yang mengalami perulangan penyakit (relapse cases).
  • Memberikan ruang bagi pesakit psikiatri menjalani kehidupan di dalam komuniti setempat.
  • Menyedarkan orang awam tentang pemikiran negatif terhadap pesakit psikiatri.

 

SKOP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI JABATAN PSIKIATRI 
  • KLINIK PAKAR PSIKIATRI

Klinik Pakar Psikiatri beroperasi setiap minggu pada hari Selasa dan Khamis dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pesakit yang dirujuk atau yang hadir pada hari klinik diberi layanan serta rawatan yang efektif dan komprehensif. Pada sesi pagi untuk rawatan susulan dan sesi petang untuk rawatan kes baru. Terdapat juga jadual lawatan Pakar Psikiatri ke Hospital Tapah dan Penjara Tapah.

  • WAD PSIKIATRI

Pesakit wanita yang memerlukan rawatan intensif psikiatri diberikan rawatan di wad setelah dinilai oleh pegawai perubatan dan Pakar Psikiatri di Jabatan Kecemasan, lain-lain wad atau Klinik Pakar. Wad Psikiatri perempuan  menyediakan 6 katil pesakit manakala Wad Psikiatri lelaki belum beroperasi (belum beroperasi kerana kekurangan kakitangan- buat masa ini pesakit psikiatri lelaki yang memerlukan rawatan wad akan di rujuk  ke HBUK).

  • PERKHIDMATAN PSIKIATRI KOMUNITI (HOME CARE)

Perkhidmatan Psikiatri Komuniti (Home Care) merupakan satu cabang perkhidmatan rawatan susulan ke rumah di mana perawatan pesakit diteruskan bagi mengurangkan risiko penakit berulang. Perkhidmatan ini juga mengenal pasti gejala-gejala awal dan ‘relaps’ penyakit disamping memberi kaunseling dan tunjuk ajar serta sokongan kepada pesakit mental dan keluarga pesakit.

Lawatan dijalankan oleh Pasukan Perawatan Home care yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Jurupulih kerja, Pegawai Farmasi dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

  • RAWATAN TERAPI GANTIAN METHADON (KLINIK METHADONE)

Klinik Methadone terletak di bahagian bawah bagunan Balai Pelawat/Surau Hospital Slim River. Rawatan Terapi Gantian (RTG) dengan methadone adalah salah satu kaedah program “Harm Reduction” untuk pengguna opiat. Program ini bertujuan untuk mengelakkan jangkitan virus bawaan darah (HIV, Hep C, Hep B) yang berpunca daripada perilakuan berisiko tinggi penagihan dadah antaranya berkongsi jarum. RTG methadone adalah pemberian ubat preskripsi (sirap methadone) oleh Pegawai Farmasi di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.

 

WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN

 

1) Jadual Klinik Pakar Psikiatri Dan Kesihatan Mental

      HARI/MASA       8.00AM-1.00PM      1.00PM-2.00PM      2.00PM-5.00PM
 ISNIN  -  REHAT  -
 SELASA  Klinik Psikiatri  REHAT   Klinik Psikiatri
 RABU  Home Visit  REHAT   Home Visit
 KHAMIS   Klinik Psikiatri  REHAT   Klinik Psikiatri
   8.00AM-12.15PM  12.15PM-2.45PM  2.45PM-5.00PM
 JUMAAT        Home Visit (jika perlu)       REHAT

     Home Visit (jika perlu)    

CME / Mesyuarat

 
 
2) Jadual Lawatan Pakar Perunding Psikiatri ke Hospital Daerah

      HARI/TEMPOH           HOSPITAL         MASA  
     Sekali setiap bulan              Hospital Tapah              8.00 AM - 5.00 PM     
Sekali setiap bulan Penjara Tapah  8.00 AM - 5.00 PM

 

3) Jadual Aktiviti Pemulihan Pesakit Dalam Wad

Rawatan pesakit dalam diberikan secara 24 jam dengan tiga shift (pagi, petang, malam) oleh anggota Jururawat Terlatih dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

     MASA/HARI     

7.00AM-8.00AM

8.00AM-9.00AM 9.00AM-10.00AM 10.00AM-11.00AM 12.00PM-2.00PM 2.00PM-4.00PM 4.00PM-6.00PM  6.00PM-7.00PM  8.00PM-9.00PM  9.00PM-6.00AM  6.00PM-7.00PM 
 ISNIN KEMAS KATIL/ SENAMAN SARAPAN PAGI/MAKAN UBAT  REHAT PSIKOEDUCATION

MAKAN TENGAHARI

REHAT

 ART THERAPY   REHAT MAKAN MALAM/MAKAN UBAT REHAT/ TERAPI ROHANI WAKTU TIDUR PERSIAPAN PAGI
 SELASA  KEMAS KATIL/ SENAMAN  SARAPAN PAGI/MAKAN UBAT  REHAT       PSIKOEDUCATION       

MAKAN TENGAHARI

REHAT

 INDOOR GAME   REHAT MAKAN MALAM/MAKAN UBAT REHAT/ TERAPI ROHANI WAKTU TIDUR PERSIAPAN PAGI
 RABU  KEMAS KATIL/ SENAMAN  SARAPAN PAGI/MAKAN UBAT  REHAT  PSIKOEDUCATION  

MAKAN TENGAHARI

REHAT

 MENONTON TV   REHAT MAKAN MALAM/MAKAN UBAT REHAT/ TERAPI ROHANI WAKTU TIDUR PERSIAPAN PAGI
 KHAMIS  KEMAS KATIL/ SENAMAN  SARAPAN PAGI/MAKAN UBAT  REHAT  PSIKOEDUCATION  

MAKAN TENGAHARI

REHAT

 KARAOKE   REHAT MAKAN MALAM/MAKAN UBAT REHAT/ TERAPI ROHANI WAKTU TIDUR PERSIAPAN PAGI
 JUMAAT  KEMAS KATIL/ SENAMAN  SARAPAN PAGI/MAKAN UBAT  REHAT  PSIKOEDUCATION  

MAKAN TENGAHARI

REHAT

 INDOOR GAME   REHAT MAKAN MALAM/MAKAN UBAT REHAT/ TERAPI ROHANI WAKTU TIDUR PERSIAPAN PAGI
 SABTU  KEMAS KATIL/ SENAMAN  SARAPAN PAGI/MAKAN UBAT  REHAT  PENGURUSAN STRESS  

MAKAN TENGAHARI

REHAT

 GROOMING ACTIVITY   REHAT MAKAN MALAM/MAKAN UBAT REHAT/ TERAPI ROHANI WAKTU TIDUR PERSIAPAN PAGI
AHAD KEMAS KATIL/ SENAMAN SARAPAN PAGI/MAKAN UBAT REHAT  PENGURUSAN STRESS

MAKAN TENGAHARI

REHAT

ART THERAPY  REHAT MAKAN MALAM/MAKAN UBAT REHAT/ TERAPI ROHANI WAKTU TIDUR PERSIAPAN PAGI

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 33
Jumlah Keseluruhan: 12,979

Tarikh Kemaskini

  • 15 April 2024

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video