PENGENALAN
Kerja sosial perubatan diwujudkan untuk memberi perkhidmatan psikososial kepada individu, keluarga dan komuniti supaya pesakit dapat kehidupan yang lebih baik. Bidang ini adalah praktis ilmu dalam bidang psikologi, antropologi & sosiologi, undang-undang sosial dan kesihatan. Secara amnya, perkhidmatan ini merangkumi pelbagai isu biopsikososial yang memerlukan penglibatan pelbagai disiplin dalam membolehkannya kefungsian pesakit menyeluruh.
Bantuan psikososial ini melibatkan penilaian biopsikososial yang perlu dijalankan keatas pesakit dan / atau waris oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) sebelum intervensi bantuan praktik dan intervensi terapi sokongan diberikan.
Secara amnya, perkhidmatan kerja sosial perubatan menangani pelbagai isu biopsikososial yang melibatkan pendekatan multi disiplin dalam mencapai objektif total patient care.
MISI
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.
VISI
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
- Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
- Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.
LOKASI
Unit ini terletak di Aras 2 Hospital Slim River, bersebelahan Hospimart dan kaunter pendaftaran Klinik Pakar.
FUNGSI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Kerja sosial perubatan memberi perkhidmatan kepada pesakit luar dan pesakit dalam memerlukan intervensi bersesuaian dengan keperluan rawatan.
WAKTU OPERASI
Pejabat akan beroperasi seperti ketetapan berikut:
lsnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
(Tutup pada Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am)
Waktu rehat:
lsnin - Khamis : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat :12.15 tengahari - 2.45 petang


