my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Farmasi

Jabatan Farmasi


LOKASI

Unit-unit utama di dalam Jabatan Farmasi ditempatkan di tiga aras berbeza di Hospital Slim River iaitu: 

Aras Satu
Unit Farmasi Bekalan Wad, Unit Farmasi Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Unit Farmasi Pengeluaran ditempatkan di Aras Satu, iaitu berhampiran dengan Unit Rekod Perubatan.

Unit Farmasi Logistik juga ditempatkan di Aras Satu iaitu berdekatan dengan Pejabat Edgenta Medi-Serve Sdn. Bhd.

Aras Dua
Unit Farmasi Klinik Pakar dan Farmasi Mini ditempatkan di Aras Dua. Lokasi Farmasi Klinik Pakar adalah bersebelahan dengan Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi. Farmasi Mini berada di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Aras Lima
Unit Farmasi Wad ditempatkan di Aras Lima iaitu bersebelahan dengan Pejabat Pakar.

OBJEKTIF
  1. Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos efektif.
  2. Memperkukuhkan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang lebih baik.
  3. Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan terbaik.
  4. Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan terbaik.
SKOP PERKHIDMATAN

 Bekalan Ubat Pesakit

  • Mendispens ubat-ubatan kepada pesakit dari Wad, Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Slim River serta lain-lain hospital dan klinik di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  • Membekal stok ubat-ubatan, disinfektan dan alatan intravena kepada wad dan unit Hospital Slim River melalui sistem Floor Stock/ Inpatient Floor Stock, Troli Kecemasan, Unit of Use dan Unit Dose System.
  • Memastikan pembekalan ubat-ubatan termasuk Ubat Dadah Berbahaya dan Bahan Psikotropik dilaksanakan mengikut peraturan berkualiti.
  • Menyediakan sediaan extemporaneous dan galenikal untuk kegunaan pesakit, wad dan klinik.
  • Menjalankan aktiviti pembungkusan semula ubat-ubatan.
  • Melaksanakan kempen-kempen dan perkhidmatan tamah nilai berkaitan ubat bagi pesakit.

Penjagaan Farmaseutikal dan Farmasi Klinikal

  • Melaksanakan perkhidmatan kaunseling, ubat-ubatan kepada pesakit secara individu dan berkumpulan.
  • Menyediakan perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun untuk pesakit dan anggota hospital dan agensi Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Menjalankan perkhidmatan Farmasi Wad di wad-wad tertentu.
  • Menyediakan perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal bagi mengelolakan tahap ubat tertentu di dalam darah pesakit apabila diperlukan.
  • Menyediakan perkhidmatan ubat sitotoksik rekombinasi bagi pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi di wad apabila diperlukan dari fasiliti KKM di Perak.
  • Menyediakan perkhidmatan Nutrisi Parenteral bagi kes-kes yang memerlukan.
  • Menjalankan perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) bagi pesakit Diabetes Mellitus, memulakan ubat Warfarin dan Dialisis.
  • Menjalankan perkhidmatan Rawatan Terapi Gantian Methadone dan Home Medication Review (HMR) bagi pesakit psikiatri.

Pengurusan Logistik Farmaseutikal

  • Menguruskan pembelian, penyimpanan dan bekalan ubat, bahan pakai buang, dan peralatan farmasi kepada hospital dan klinik-klinik kesihatan.
  • Menguruskan pelupusan hasil rosak dan ubat-ubatan tamat tempoh.
WAKTU OPERASI

 waktu_operasi_farmasi.png

waktu_operasi_farmasi_ii.png

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 2
Jumlah Keseluruhan: 29,253

Tarikh Kemaskini

  • 15 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video