Jabatan Patologi
Jabatan ini terdiri daripada dua perkhidmatan utama, iaitu Perkhidmatan Diagnostik Patologi dan Perkhidmatan Transfusi Perubatan.
Perkhidmatan diagnostik patologi merangkumi Unit Patologi Kimia, Unit Hematologi, Unit Mikrobiologi dan Unit Integrasi. Unit Transfusi Perubatan pula menyediakan perkhidmatan makmal untuk membekalkan darah dan komponen darah bagi rawatan pesakit yang memerlukan pemindahan darah.
Selain itu, Unit Transfusi Perubatan juga memainkan peranan penting dalam mengumpul darah daripada orang awam melalui kempen derma darah di dalam dan di luar hospital.
Jabatan Patologi dan Transfusi ini terletak di tingkat satu bangunan hospital.
VISI
Memberikan perkhidmatan makmal yang pantas dan cekap dalam bidang patologi dan transfusi perubatan dengan keputusan yang tepat melalui sistem pengurusan kualiti yang memastikan kepuasan pelanggan.
MISI
Mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan patologi dan transfusi dengan menyokong rawatan pesakit melalui teknologi terkini dan tenaga kerja profesional.
OBJEKTIF
- Membekalkan 90% darah penuh (whole blood) dan sel pekat (packed cells) kepada pesakit yang memerlukan.
- Membekalkan 100% darah yang telah disaring dan disahkan negatif bagi Hepatitis B, Hepatitis C, HIV dan Sifilis kepada pesakit.
- Menjamin 100% masa putaran makmal (L-TAT) bagi ujian biokimia segera dalam tempoh 90 minit.
WAKTU OPERASI
Jabatan ini beroperasi 24 jam sehari dengan perkhidmatan on-call selepas waktu pejabat oleh staf bertauliah.
- Waktu pejabat: 8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum).
- Waktu rehat tengah hari:
- Isnin – Khamis: 1.00 petang – 2.00 petang
- Jumaat: 12.15 tengah hari – 2.45 petang
PERKHIDMATAN
- Patologi Kimia (Biokimia)
- Mikrobiologi
- Hematologi
- Makmal Integrasi (Pra-analisis & Sitologi)
- Bank Darah / Transfusi


