Hospital Slim River merupakan sebuah hospital baru yang dibina bagi menggantikan Hospital Tanjung Malim yang telah ditukar taraf menjadi Klinik Kesihatan Tanjung Malim. Hospital ini mula dibina pada 23 Oktober 1997 dengan kos sebanyak RM 150 juta dan telah siap sepenuhnya pada 22 Disember 2000. Ia mula beroperasi pada 21 Mac 2001 dan dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah pada 16 Mei 2002. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hospital ini terletak 3 km dari Lebuhraya Utara Selatan, lebih kurang 110 km dari Bandaraya Kuala Lumpur dan 92 km dari Bandaraya Ipoh. Ia merupakan hospital pertama di Daerah Mua'llim di mana kawasan operasinya meliputi kawasan Bidor, Sungkai, Slim River, Behrang, Tanjung Malim, dan Utara Selangor (Gedangsa, Felda Suharto, Sungai Tenggi, Selisik, Kalumpang, Ulu Bernam dan Gesir) serta memberi perkhidmatan kepada lebih 135,000 penduduk. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Dengan keluasan tapak seluas 49.4 ekar dan keanggotaan seramai hampir 800 orang, Hospital Slim River telah dikategorikan sebagai hospital bertaraf pakar minor pada tahun 2001 dengan menggunakan 175 dari 250 buah katil. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hospital ini telah diterajui oleh beberapa orang pengarah iaitu:
|