my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

 

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerja (UKKP) Hospital Slim River (HSR) ditubuhkan pada tahun 2017 bertujuan memberi perkhidmatan ke atas isu keselamatan & kesihatan pekerja kepada semua anggota perubatan di hospital. Dengan pertambahan tenaga kerja dan adanya Doktor Kesihatan Pekerjaan, kewujudan unit ini berperanan menjadikan majikan bertanggunjawab dalam pematuhan Akta Keselamatan & Kesihatan Perkerjaan (OSHA) 1994. 

Disamping itu juga, dengan bantuan dan kerjasama Unit Kualiti dari Bahagian Perubatan dan Unit Kesihatan Pekerjaan& Alam Sekitar (KPAS) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Unit ini terus mara dalam memberi penekanan skop keutamaan tanggungjawab selaras dengan usaha memastikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan para pekerja HSR kekal terjamin.

Polisi ini memberi panduan program keselamatan & kesihatan pekerjaan dihasilkan untuk membantu merencana pengurusan serta membangunkan aktiviti keselamatan & kesihatan pekerjaan di hospital. Program yang direncana bertujuan untuk menggalakkan program keselamatan & kesihatan pekerjaan serta memastikan pematuhan kepada keperluan perundangan yang berkaitan. Program – program keselamatan & kesihatan pekerjaan penting dalam meningkatkan tahap kesedaran, kepatuhan dan kerjasama para pekerja terhadap semua aktiviti dan fungsi Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dan juga Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerja (JKKP).

OBJEKTIF

Untuk menjaga keselamatan,kesihatan dan kabajikan anggota Kememeterian Kesihatan Malaysia di Hospital Slim River ( HSR) selaras dengan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) 1994.

FUNGSI DAN TANGGUNJAWAB UKKP

A) Kesihatan Pekerjaan

  • Klinik Warga
  • KOSPEN WOW
  • Program Saringan dan Kawalan Tuberkulosis (TB)
  • Program Saringan Kesihatan Pengendali Bahan Kimia
  • Program Saringan Kesihatan Pekerja Sinaran
  • Program Kesihatan & Kawalan Ergonomik
  • Progaram Saringan Minda Sihat
  • Pra penempatan, tukar /masuk , pra persaraan kakitangan
  • Progaram Suntikan Vaksin Covid-19, Influenza dan thyphim
  • Program Pengurusan rawatan/rujukan Kes Kecederaan Alatan Tajam
  • Siasatan Kemalangan/ Kecederaan/Penyakit Pekerjaan
  • Siasatan Kekerasan Terhadap Anggota Perubatan oleh Pelanggan
  • Program Kembali ke Kerja (Return To Work)
  • Pelaksanaan Code Grey Menangani Kekerasan Kepada Anggota
  • Kesihatan

B) Keselamatan Pekerjaan

  • Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) No. 20
  • Key Performance Indicator (KPI) : 4.8
  • MSQH Standard 2 : Environmental & Safety
  • Hazard identification, Risk Assessment, Risk Control (HIRARC)
  • Chemical Health Risk Assessment (CHRA)
  • Pencahayaan Tempat Kerja

C) Jawatankuasa

  • Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP): Setiausaha
  • Jawatankuasa KOSPEN WOW : Penyelaras
  • Jawatankuasa Kod Grey - Menangani Kekerasan kepada Kakitangan oleh Pelanggan : Penyelaras
  • Jawatankuasa Pertandingan Healthy : Penyelaras
  • Jawatankuasa Keselamatan & Alam Sekitar : Penyelaras
  • Jawatankuasa KOSPEN WOW: Trim & Fit Hospital : Penyelaras
  • Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran -AJK
  • Jawatankuasa Perlindungan Sinaran - AJK
  • Jawatankuasa Pengurusan Sisa Perubatan/Bahan Kimia -AJK
  • Jawatankuasa Bencana Dalaman-AJK
  • Jawatankuasa Bencana Luaran-AJK

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 50
Jumlah Keseluruhan: 29,251

Tarikh Kemaskini

  • 15 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video