Unit Pemulihan Cara Kerja
Pemulihan Carakerja merupakan profesion yang mempromosi pemulihan dan kesihatan yang komprehensif. Matlamat utama adalah menggalakkan, memulihkan dan mengekalkan keupayaan kefungsian individu agar berdikari ke tahap optimum dan berfungsi dalam kehidupan seharian, sosial, pekerjaan serta aktiviti riadah mereka.
Polisi pengurusan operasi Unit Pemulihan Carakerja Hospital Slim River adalah berpandu kepada Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu KKM: Pelan Pengurusan Operasi Perkhidmatan Pemulihan Carakerja, Disember 2013.
VISI
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
MISI
Unit Pemulihan Carakerja, HSR adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :
untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :
- mengutamakan pelanggan
- saksama
- tidak membebankan
- cekap
- wajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif
dengan menekankan :
- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- penglibatan Masyarakat
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Matlamat
Memastikan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang ditawarkan kepada pesakit memenuhi tujuan rawatan dan bersesuaian dengan tahap perkembangan individu, peranan, Gaya hidup, minat dan persekitaran budaya-sosial mereka.
Objektif Umum
Menyediakan perkhidmatan pemulihan yang komprehensif, mudah diperolehi, cekap, berkesan dan profesional serta bersesuaian mengikut budaya dan teknologi terkini supaya dapat mencegah komplikasi akibat penyakit serta memperkasakan keupayaan kefungsian individu agar berdikari ke tahap optimum dan berfungsi dalam kehidupan seharian, sosial, pekerjaan serta aktiviti riadah mereka.
Objektif Khusus
- Mempromosi, menggalak, memulih dan mengekalkan keupayaan kefungsian individu yang mengalami kecacatan fizikal atau psikososial melalui aktiviti – aktiviti teraputik dan terpilih yang mana ianya dipertingkatkan atau digredkan secara berterusan.
- Memberikan perkhidmatan yang mesra, penyayang, efisien dan bersesuaian kepada semua pelanggan.
- Memastikan semua anggota mengamalkan budaya kerja yang cemerlang, memberi rawatan yang selamat dan berkesan terhadap semua pesakit.
- Memastikan persekitaran adalah selamat, bersih dan selesa setiap masa.
- Memastikan anggota sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan serta kebolehan diri dalam memberikan perkhidmatan melalui pembelajaran berterusan ataupun program pembangunan berterusan (CME dan CPD).
- Menggalakkan kerjasama di antara semua anggota di dalam unit serta di luar unit / jabatan.
WAKTU OPERASI
Perkhidmatan Unit Pemulihan Carakerja beroperasi setiap hari mengikut waktu pejabat iaitu:

PIAGAM PELANGGAN
1. Semua pesakit yang dirujuk akan diberikan layanan dan perkhidmatan yang mesra, cepat dan profesional.
2. Setiap pesakit luar yang baru di rujuk akan direspons tidak melebihi 3 hari bekerja atau mengikut permintaan pesakit.
3. Setiap pesakit dalam wad yang baru dirujuk akan direspons dalam tempoh tidak melebihi 24 jam hari bekerja.
4. Setiap pesakit akan diberikan penerangan yang jelas mengenai kondisi, program rawatan, aktiviti susulan di rumah serta perkembangan mereka dari masa ke semasa.
5. Segala maklumat peribadi dan perubatan mengenai pesakit akan dirahsiakan.
6. Setiap pesakit akan diberikan temujanji selagi mereka memerlukan rawatan susulan.
7. Pelanggan adalah berkewajipan untuk :
- Mematuhi arahan di Unit Pemulihan Carakerja.
- Menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan
8. Visi, Misi, Objektif,carta organisasi dan polisi ini akan dikemaskini setiap 3 tahun.
SKOP PERKHIDMATAN
Unit Pemulihan Carakerja menyediakan perkhidmatan kepada semua pesakit yang dirujuk dari Klinik Pakar / Pegawai Perubatan, Wad Pesakit Dalam Hospital Slim River serta rujukan dari Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dan Klinik Kesihatan Awam seluruh Malaysia.
Skop perkhidmatan terbahagi kepada:
- Rawatan Pesakit Dalam
- Rawatan Pesakit Luar
Jenis-jenis Perkhidmatan Pemulihan Carakerja untuk pesakit dalam dan luar adalah seperti berikut:
- Assessment and Retraining in Activities of Daily Living (ADL)
- Hand Rehabilitation
- Burns Rehabilitation
- Neuro – Medical Rehabilitation
- Neuro – Surgical Rehabilitation
- Paediatric Neurodevelopment (Early Intervention Program)
- Improve Functional Ability
- Cognitive Skill Assessment and Training
- Sensory Integration / Re – Education
- Social Skill Training / Social Readjustment
- Relaxation Therapy
- Splinting
- Aids and Adaptation
- Wheelchair Assessment / Prescription / Adaptation / Training
- Home / School Visit (Assessment and Adaptation)


