my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Fisioterapi

Jabatan Fisioterapi

 

LOKASI

Unit Fisioterapi Hospital Slim River terletak dia aras 2 (Lobi) dan berhampiran lif utama.

 

VISI & MISI KKM

Perkhidmatan Fisioterapi di Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan khidmat klinikal dengan menggunakan kaedah curative,rehabilitative,promotive dan preventive untuk membantu perawatan pesakit yang mengalami penyakit yang melibatkan anggota badan Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota)/Jurupilih Perubatan (Anggota) berperanan sebagai pemberi khidmat utama perkhidmatan ini.Untuk menjaga pesakit secara curative dan rehabiltative , procedur yang digunapakai terdiri dari proses menilai dan menganalisis pergerakan,struktur dan fungsi anggota badan mengenalpasti ketidakupayaan,membuat perancangan , melakukan perawatan dan menilai semula keadaan pesakit. Manakala bagi aspek promosi kesihatan dan preventive, kaedah pendidikan kesihatan digunakan.

VISI & MISI PERKHIDMATAN FISIOTERAPI

Mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan patologi dan transfusi dengan menyokong rawatan pesakit melalui teknologi terkini dan tenaga kerja profesional.

Visi Kementerian Kesihatan Malaysia
Negara mengembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik

Misi Kementerian Kesihatan Malaysia
Misi Kementerian Kesihatan adalah menerajui dan berusaha bersama-sama

Visi Perkhidmatan Fisioterapi
Menyampaikan perkhidmatan Fisioterapi yang cemerlang, berteknologi tinggi dan menepati keperluan segenap lapisan masyarakat ke arah meningkatkan kualiti hidup.

Misi perkhidmatan Fisioterapi

  1. Komited menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap,berkesan dan cost-effective serta prihatin kepada semua pelanggan berteraskan.
  2. Melahirkan tenaga professional melalui pendidikan berterusan bagi menggalakkan amalan berasaskan bukti (evidence-based practice) dan berdasarkan piawaian kebangsaan/ antarabangsa.

OBJEKTIF JABATAN FISIOLOGI
Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi bermutu tinggi bertepatan dengan keperluan pesakit selaras dengan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai penjagaan kesihatan rakyat.

Objektif Khusus

  • Mengenalpasti masalah pesakit melalui kaedah penilaian berkemahiran tinggi.
  • Merancang program rawatan Fisioterapi yang paling sesuai dengan kondisi pesakit.
  • Melaksanakan rawatan melalui penggunaan pelbagai kaedah rawatan yang mengutamakan faktor keberkesanan dan keselamatan.
  • Mewujudkan satu sistem dokumentasi yang komprehensif dan simpanan maklumat teratur yang boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan.
  • Membantu pesakit memelihara keupayaan dari segi kefungsian diri.
  • Melaksanakan program pendidikan pesakit dalam usaha Melibatkan pesakit serta ahli keluarga dalam program pemulihan.
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan dan kecergasan diri ke arah membantu mencapai hidup yang lebih berkualiti.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Jurupulih Perubatan Fisioterapi melalui Continouos Profesional Development (CPD) yang berterusan bagi memastikan mutu kerja dan perkhidmatan yang efektif dan efisyen.

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Fisioterapi diberi kepada pesakit luar dan pesakit di wad dengan waktu operasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang seperti berikut:

waktu_operasi_fisioterapi.png

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 7
Jumlah Keseluruhan: 29,258

Tarikh Kemaskini

  • 15 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video