my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan O & G

PENGENALAN

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Slim River menyediakan rawatan 24 jam bagi kes berisiko rendah dan tinggi. Ia menerima rujukan dari Batang Padang, Muallim dan Hulu Selangor. Jabatan ini merangkumi wad antenatal/postnatal, bilik bersalin, PAC dan klinik pakar. Perkhidmatan termasuk kelahiran, pembedahan dan pengurusan komplikasi kehamilan serta isu ginekologi. Sebagai Hospital Rakan Bayi, jabatan ini mengekalkan kualiti melalui KPI dan memastikan rawatan selamat kepada komuniti.

 

MISI

Memastikan perkhidmatan obstetrik yang profesional, terbaik dan berkualiti;

  • Komited untuk menyediakan perkhidmatan yang optimum dan menyeluruh bagi mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti dalam kalangan pesakit obstetrik dan neonatal.
  • Komited untuk memperkasakan staf dengan ilmu melalui latihan dan pendidikan berterusan.

 

VISI

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Slim River sebagai unit yang cemerlang dan berkualiti dalam perkhidmatan penjagaan O&G

 

OBJEKTIF

  • Memberikan penjagaan berkualiti kepada wanita hamil untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi yang optimum serta mengurangkan morbiditi dan mortaliti dalam kalangan ibu dan bayi.
  • Mengekalkan status Hospital Rakan Bayi dengan mematuhi polisi penyusuan kebangsaan dan mencapai piawaian Inisiatif Hospital Penyusuan (BFHI).
  • Memberikan penjagaan pakar obstetrik dan ginekologi yang profesional, terkini dan berkualiti di klinik serta mengekalkan kerahsiaan pesakit yang menerima rawatan di jabatan ini.
  • Membuat diagnosis yang tepat dan menyediakan rawatan yang berkesan kepada pesakit dengan komplikasi awal kehamilan (kurang daripada 22 minggu) dan kes kanser ginekologi.
  • Melaksanakan pembedahan ginekologi dengan selamat dan mengurangkan komplikasi pembedahan.

 

LOKASI

  • PAC dan wad bersalin terletak di tingkat tiga hospital.
  • Wad antenatal dan postnatal terletak di tingkat tiga; berhadapan dengan PAC.
  • Klinik O&G terletak di tingkat dua hospital.
  • Wad Ginekologi terletak di tingkat empat hospital (berkongsi dengan wad perubatan wanita).

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Menyediakan kemudahan untuk penilaian, diagnosis, rawatan, penjagaan kejururawatan dan pemulihan bagi semua ibu antenatal melebihi 22 minggu, ibu postnatal dan bayi baru lahir.
  • Menyediakan imunisasi asas.
  • Menyediakan pendidikan kesihatan termasuk perancangan keluarga.
  • Menyediakan persekitaran wad mesra bayi.
  • Menyediakan perkhidmatan 24 jam.
  • Menyediakan kemudahan untuk ibu bersalin dengan selamat.
  • Menyediakan anggota untuk panggilan ambulans bagi kes obstetrik.
  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik, terapeutik dan pemulihan untuk penjagaan pakar pesakit luar.
  • Menyediakan perkhidmatan ginekologi.

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 50
Jumlah Keseluruhan: 29,251

Tarikh Kemaskini

  • 15 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video