Unit Perolehan
Unit Perolehan Hospital Slim River adalah salah satu Unit di bawah Unit Pengurusan. Unit Perolehan terletak di Aras 5 Unit Pengurusan Hospital Slim River. Unit ini bertanggungjawab secara keseluruhan dalam merancang, mengurus dan menyelaras perolehan yang meliputi urusan Bekalan/ Perkhidmatan/ Kerja seara Sebut harga/ Tender dan Pembelian Terus bagi memastikan objektif Unit dengan mematuhi dasar, peraturan dan tatacata perolehan semasa yang berkuatkuasa.
Visi Unit Perolehan
- Memperkasakan Tatacara Perolehan yang sistematik, berkualiti, cekap dan penuh Integriti dalam memenuhi keperluan jabatan.
- Memastikan Perolehan Berintegriti ke arah mencapai Tadbir Urus Terbaik.
Misi Unit Perolehan
Mengurus Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja serta melaksana Tatacara Perolehan Yang Telus Ke Arah Mencapai Paiwaian Kualiti yang Efektif selaras dengan dasar, prinsip dan objektif perolehan kerajaan yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan.
Objektif
- Merancang dan mengurus perolehan bekalan dan perkhidmatan selaras dengan dasar-dasar kerajaan
- Menyediakan bekalan dan perkhidmatan yang mencukupi dan berkualiti bagi memenuhi keperluan Jabatan
- Memastikan perolehan kerja berjalan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan
- Melaksanakan dasar perolehan Kerajaan mengikut Pekeliling Perbendaharaan PPP
- Memastikan semua perolehan Kerajaan diurus berlandaskan dasar dan prinsip perolehan Kerajaan bagi menjamin perolehan yang terbaik dan berkesan
Perkhidamatan yang disediakan di Unit Perolehan adalah:-
- Menguruskan Perolehan Secara Pembelian Terus (Bekalan/ Perkhidmatan)
- Menguruskan Perolehan Secara Sebuttharga (Bekalan/ Perkhidmatan)
- Menguruskan Perolehan Secara Tender (Bekalan/ Perkhidmatan)
- Menguruskan Perolehan Fabrik Pakaian Seragam dan Pengagihan
Unit Perolehan beroperasi secara waktu fleksi iaitu :-
| Hari/ Waktu | Waktu Operasi | Rehat |
| Isinin - Khamis | 07.30 pagi - 1.00 tengah hari | 1.00 tengah hari - 2.00 petang |
| 2.00 petang - 4.30 petang | ||
| 8.00 pagi - 1.00 tengah hari | ||
| 2.00 petang - 5.00 petang | ||
| Jumaat | 07.30 pagi - 12.15 tengah hari | 12.15 tengah hari - 2.45 petang |
| 2.45 petang - 4.30 petang | ||
| 08.00 pagi - 12.15 tengah hari | ||
| 2.45 petang - 5.00 petang | ||
| Sabtu - Ahad | TUTUP | |


