Jabatan Kecemasan & Trauma
Jabatan ini dibuka sepanjang masa kepada semua pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan. Pegawai Perubatan dan paramedik akan sentiasa bersedia mengambil langkah segera untuk menyelamatkan para pesakit, Mengurangkan sakit yang teruk , Menyelamatkan dan mencegah kecederaan yang kritikal ke atas anggota.
Jabatan Pesakit Luar tidak Beroperasi semasa Poliklinik dibuka
VISI JABATAN KECEMASAN & TRAUMA
Menjadi sebuah jabatan yang cemerlang dalam perkhidmatan kecemasan.
MISI JABATAN KECEMASAN & TRAUMA
Berusaha memberikan suasana penjagaan dan perkhidmatan psikiatri yang cekap dan mesra melalui komitmen anggota kerja yang terlatih dan berpengetahuan dalam menangani permasalahan pesakit psikiatri.
OBJEKTIF JABATAN KECEMASAN & TRAUMA
Menyediakan rawatan kecemasan yang mudah diperolehi, pantas dan efektif kepada pesakit yang memerlukannya supaya rawatan awal boleh membantu dalam pemulihan awal. Semua kakitangan di jabatan ini terlatih dalam bidang berkaitan mempamerkan pendekatan yang lebih berterusan dan berinovasi mengurangkan kesakitan dan komplikasi.