Unit Pengurusan Aset dan Stor
Unit Pembangunan dan Pengurusan Aset merupakan satu unit yang bernaung di bawah Bahagian Pengurusan. Unit ini memberi perkhidmatan berkaitan projek pembangunan, pengurusan aset dan stok alat tulis kepada Hospital Slim River. Unit ini dianggotai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir selaku Ketua Unit dan 4 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi).
Visi Unit Aset dan Stor
Menuju ke arah pengurusan pembangunan dan aset yang berkualiti dan efisien.
Misi Unit Aset dan Stor
Menyelaras pengurusan pembangunan dan aset Hospital Slim River dengan efektif dan berkualiti.
Objektif
- Menyediakan perkhidmatan sokongan yang efektif dan efisien sebagai sokongan kepada program penjagaan pesakit yang dijalankan oleh hospital.
- Memastikan Hospital Slim River mempunyai pengurusan pembangunan serta pengurusan aset dan stok yang sempurna sebagai sokongkan kepada perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan
Perkhidmatan Unit Aset dan Stor
- Menyelaras permohonan peruntukan bagi projek pembangunan, aset dan stok alat tulis Hospital Slim River
- Memantau pelaksanaan projek pembangunan di Hospital Slim River
- Menyelaras dan memantau pengurusan aset alih di Hospital Slim River
Waktu Operasi
| Hari/ Waktu | Pagi | Rehat | Petang |
| Isnin - Khamis | 07.30 pagi - 1.00 petang | 1.00 petang - 2.00 petang | 2.00 petang - 4.30 petang |
| 08.00 pagi - 1.00 petang | 2.00 petang - 5.00 petang | ||
| Jumaat | 07.30 pagi - 12.15 tengah hari | 12.15 tengah hari - 2.45 petang | 2.45 petang - 4.30 petang |
| 08.00 pagi - 12.15 tengah hari | 2.45 petang - 5.00 petang | ||
| Sabtu dan Ahad | TUTUP | ||


