my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Psikologi Kaunseling

Unit Psikologi Kaunseling

Dalam konteks Kementeriaan Kesihatan Malaysia, skim Pegawai Psikologi bermula dengan skim Pegawai Ilmu Jiwa pada tahun 1983. Pada tahun 1993, skim tersebut telah di tukar kepada skim Pegawai Psikologi. Di bawah skim ini di bahagikan kepada tiga pengkhususan yang utama iaitu Pegawai Psikologi (Umum), Pegawai Psikologi (Kaunselor) dan Pegawai Psikologi (Psikologi Klinikal) berdasarkan kelulusan yang dimiliki oleh pegawai tersebut.

 

Objektif

Berlandaskan kepada model psiko-sosial, objektif perkhidmatan psikologi dan kaunseling adalah untuk membantu individu, keluarga seterusnya masyarakat meningkatan pemahaman kendiri dan persekitaran dalam menangani isu melalui kaedah penyelesaian masalah yang berkesan, pendidikan, pencegahan, rawatan, pemulihan dan perkembangan potensi.

 

Perkhidmatan

Skop perkhidmatan kaunseling dan perundingan psikologi yang diberikan memberi fokus kepada perkara seperti berikut:

  • Memberi peluang kepada klien untuk membina kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perkhidmatan berbeza mengikut klien.
  • Skop perkhidmatan kaunseling dan perundingan psikologi meliputi isu-isu perkembangan, analisis masalah dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menagani krisis, mengembangkan kefahaman kendiri, memperkukuh kekuatan emosi, meningkatkan hubungan serta menggalakkan interaksi antara individu lain.
  • Pegawai Psikologi berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati digniti diri, nilai dan keupayaannya.

 

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Psikologi Kaunseling adalah seperti berikut:

  • Kaunseling individu
  • Kaunseling kelompok
  • Kaunseling keluarga/perkahwinan
  • Menjalankan kursus/ bengkel/ seminar dalam perkhidmatan untuk kakitangan dan orang awam
  • Menjalankan ujian psikologi
  • Penyelidikan dan pembangunan perkhidmatan kaunseling dan psikologi

 

Senarai Pesakit Yang Diberikan Perkhidmatan Unit Psikologi Kaunseling

A. Perubatan

  • Penyakit berjangkit
  • Penyakit tenat (diabetic, hypertensi, asma, kanser, STD)
  • Insomnia
  • Kemurungan
  • Depression
  • Trauma
  • Post Traumatic Stress Disorder (PTSD)
  • Pra dan Pos Pembedahan

B. Sosial

  • Masalah keluarga
  • Masalah perkahwinan
  • Konflik interpersonal
  • Penderaan
  • Transeksualisme

C. Personal

  • Bunuh diri
  • Masalah perlakuan
  • Masalah penyesuaian diri
  • Stres/ Tekanan
  • Penghargaan kendiri yang rendah
  • Tingkahlaku negatif
  • Kecederaan sendiri (Self-injuries)
  • Penyalahgunaan Dadah (Alkohol, rokok, dadah dan ubat-ubatan)
  • Perkembangan kerjaya
  • Grief & Bereavement

D. Ujian Psikologi

  • Saringan Minda Sihat (DASS)

 

Waktu Operasi

 Hari  Waktu Operasi Rehat 
 Isnin hingga Khamis  07.30 pagi - 1.00 petang 1.00 petang - 2.00 petang 
 2.00 petang - 4.30 petang
08.00 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat  07.30 pagi - 12.15 tengah hari 12.15 tengah hari - 2.45 petang 
2.45 petang - 4.30 petang
8.00 pagi - 12.15 tengah hari
2.45 eptang - 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum TUTUP

 

 

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 50
Jumlah Keseluruhan: 29,251

Tarikh Kemaskini

  • 15 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video