my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Pergigian Pediatrik

PENGENALAN

Jabatan ini mempunyai Pakar Pergigian Pediatrik, Pegawai Pergigian, Juruterapi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Ia juga menyediakan tempat untuk pegawai pergigian baru (NDO) untuk menjalani latihan sangkutan.

 

MISI

Untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak dan remaja melalui promosi kesihatan mulut dan penyediaan penjagaan kesihatan mulut yang berkualiti 

berdasarkan ciri-ciri berikut :

  • Peka terhadap keperluan pesakit.
  • Teknologi yang sesuai dan terkini.
  • Personel terlatih yang profesional, penyayang, cekap dan mengamalkan semangat kerja berpasukan di dalam suasana perkhidmatan yang kondusif.

 

VISI

Jabatan Pergigian Pediatrik beriltizam untuk menjadi pusat perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik yang cemerlang selaras dengan memberi perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik yang menyeluruh dan komprehensif melalui sistem kesihatan yang mampudimiliki, berteknologi terkini serta mementingkan keperluan pelanggan.

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan pergigian pediatrik melalui aktiviti promosi, aktiviti pencegahan, rawatan pemeliharaan (kuratif) dan pemulihan (rehabilitasi) kepada kanak-kanak dan remaja yang berumur 16 tahun ke bawah, terutamanya yang berkeperluan khas.
  • Memberikan rawatan pergigian pediatrik yang komprehensif dan penjagaan kesihatan oral yang optimum kepada semua kes yang dirujuk supaya pesakit mencapai status kesihatan mulut yang baik dan bebas dari sebarang tanda dan gejala penyakit oral yang aktif.
  • Mengadakan sesi konsultasi bersama pakar-pakar pergigian dan pakar-pakar perubatan semasa Klinik Gabungan Kepakaran Pergigian bagi memastikan pesakit mendapat rawatan secara menyeluruh dan komprehensif serta melibatkan kepakaran dari bidang lain (multidisciplinary approach).
  • Menyedia dan mengawalselia latihan and program sangkutan untuk ‘New Dental Officers Program’ (NDOP), Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian dan Pelajar Juruterapi Pergigian Pos Basik bagi Pergigian Pediatrik.
  • Mengambil bahagian di dalam latihan anggota kesihatan melalui CME, CDE, CPD, kursus dalam perkhidmatan setempat, kursus postbasik dan basik serta mengembangkan pendidikan jarak jauh.
  • Terlibat aktif dalam penyelidikan yang berasaskan kesihatan.
  • Melengkapkan prasarana pergigian pediatrik dengan teknologi terkini dan sesuai serta perolehan personel supaya perkhidmatan yang efisien dapat diberikan kepada pesakit pergigian pediatrik.

 

LOKASI

Jabatan Pergigian Pediatrik terletak di antara Klinik Pediatrik / Obstetrik & Ginekologi (O&G) dan Unit Pengambilan Darah di Aras 2 Hospital Slim River.

 

PERKHIDMATAN

- Fasiliti pergigian

  • Rawatan pergigian dijalankan di dalam dua bilik rawatan yang berasingan, iaitu satu bilik rawatan pakar dan satu bilik rawatan pegawai /jururawat pergigian.
  • Klinik ini juga mempunyai bilik perkhidmatan utiliti kepakaran pergigian yang terdiri daripada utiliti bersih, utiliti kotor dan stor peralatan steril, bilik x-ray, pantri, bilik pakar, bilik pegawai, ruang pemulihan serta ruang menunggu yang selesa.

 

- Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Pediatrik

  • Perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik diketuai oleh seorang Pakar yang dilantik oleh Kementerian. Pakar tersebut bertanggungjawab untuk menguruskan jabatan, pemanfaatan sumber dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
  • Perkhidmatan kepakaran menyediakan khidmat rawatan bagi pesakit dibawah 16 tahun seperti rawatan :
  1. Rawatan pergigian komprehensif dibawah bius umum
  2. Rawatan pergigian dan pembedahan kecil mulut di bawah sedasi
  3. Rawatan orofasial untuk pesakit berkeperluan khas dan mempunyai penyakit kompromi perubatan
  4. Rawatan bantuan penyusuan bayi dengan klef bibir dan lelangit
  5. Trauma maksilofasial/orofasial
  6. Patologi dan perubatan mulut
  7. Interseptif ortodontik
  8. Anomali pergigian/anomali orofasial yang memerlukan rawatan pergigian kompleks
  9. Pemeriksaan kes-kes forensik odontologi termasuk kes-kes penderaan kanak-kanak
  • Pesakit yang hadir dengan surat rujukan dan temujanji sahaja akan diterima di Klinik Pakar Pergigian Pediatrik. Jabatan Pergigian Pediatrik telah menetapkan jadual klinik, sistem temujanji dan pengurusan pesakit di klinik.

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 50
Jumlah Keseluruhan: 29,251

Tarikh Kemaskini

  • 15 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video