my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Rekod Perubatan

 

Unit Rekod Perubatan

 

Pengenalan

Perkhidmatan rekod perubatan adalah elemen penting dalam pengurusan rekod  perubatan pesakit. Ia merupakan sumber maklumat perawatan pesakit yang menunjukkan perkembangan perubatan dan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit.

Lokasi : Aras 1

 

VISI

Kearah mewujudkan satu sistem maklumat pengurusan kesihatan yang terkini,  berkesan dan berkenaan kepada pengurusan dan pelanggan serta seiring dengan perubatan teknologi informasi.

 

MISI
Memberi perkhidmatan yang cekap,tepat dan berkesan kepada pelanggan berdasarkan  maklumat yang terkini membina budaya kerja yang mantap dan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta berteknologi kepada semua anggota unit dan pelanggan.

 

Objektif
  • Bertanggungjawab dalam pengurusan perkhidmatan rekod perubatan yang unggul
  • Bertanggungjawab dalam permohonan laporan perubatan yang disediakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan
  • Bertanggungjawab dalam pelaksanaan pelupusan rekod perubatan secara sistematik dan berkesan
  • Memperkasa dan memperkukuhkan Perkhidmatan Rekod Perubatan dan Kesihatan.
  • Merancang perkembangan kepakaran Perkhidmatan Rekod Perubatan sejajar dengan perkembangan teknologi dan Information Communication Technology (ICT) terkini bagi perkhidmatan perubatan dan kesihatan.
  • Meningkatkan kecekapan Perkhidmatan Rekod Perubatan dan Kesihatan menerusi pendekatan daripada pelbagai disiplin (multidisciplinary team approach).
  • Memberi kod kepada penyakit dan prosedur yang dijalankan ke atas pesakit. Pengkodan klinikal memerlukan kemahiran dalam terminologi perubatan, anatomi dan fisiologi perubatan untuk kefahaman semasa memberikan kod yang betul dan tepat. Ketepatan dalam kod yang diberikan oleh pengkodan adalah fakta kesihatan penting terhadap “morbidity dan mortality” dalam pembangunan, perancangan, pengawalan serta pencegahan yang digunapakai oleh pihak pengurusan tertinggi.
  • Pegawai/Penolong Pegawai Rekod Perubatan sebagai pengkodan klinikal di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah dengan menggunakan:
    • International Statistical Clasification of Diseases and Related Health Problems 10th Revision by World Health Organization (ICD 10).
    • International Classification of Diseases- 9th Revision-Clinical Modification (ICD 9 CM).

 

WAKTU URUSAN KAUNTER

ISNIN – KHAMIS        

8.00 pagi – 5.00 petang

JUMAAT

8.00 pagi – 12.15 t/hari

2.45 petang – 5.00 petang

REHAT

1.00 petang – 2.00 petang

12.15 tgh hari -2.45 petang

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 34
Jumlah Keseluruhan: 12,980

Tarikh Kemaskini

  • 15 April 2024

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video