Majlis Penganugerahan Sijil Energy Management Gold Standard (EMGS) untuk Hospital Slim River dan organisasi lain yang berjaya melalui proses penilaian dan disahkan memenuhi kriteria EMGS bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga Lestari (SPTL) telah diadakan pada 27hb April 2026 (Isnin) jam 10 pagi hingga 2 petang di Hotel EQ, Kuala Lumpur. Majlis Penganugerahan tersebut telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Noh ,Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Hospital Slim River sangat berbesar hati menerima pensijilan AEMAS EMGS 3-Star Renewal . Dr. Muhammad Firdaus Bin Mohd Fauzi ,Timbalan Pengarah (Perubatan) , Hospital Slim River telah menerima sijil penghargaan dalam majlis anugerah berprestij tersebut.



