βHospital Slim River (HSR) hari ini melangsungkan Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Naik Taraf Parkir di Dewan Seri Mua'llim, yang disempurnakan oleh YB Dato' Sivanesan a/l Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak. Projek yang disiapkan pada 6 November 2025 ini direalisasikan melalui Peruntukan Khas YAB Menteri Besar Perak, melibatkan kawasan seluas 7,300 meter persegi dengan penyediaan 236 petak parkir baharu bagi memperkukuh infrastruktur hospital.
Β
βInisiatif strategik ini bertujuan mewujudkan kawasan parkir yang lebih tersusun, melancarkan aliran trafik, serta memudahkan akses pesakit dan kenderaan kecemasan. Semasa majlis berlangsung, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr. Muhammad Najib bin Adnan merakamkan penghargaan tertinggi kepada Kerajaan Negeri atas sokongan padu yang diberikan. Ia jelas membuktikan sinergi yang utuh antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan fasiliti kesihatan dipertingkatkan selaras dengan aspirasi perkhidmatan yang berkualiti dan berfokuskan rakyat. βDengan penyerahan rasmi ini, kemudahan tersebut sedia dimanfaatkan sepenuhnya dalam suasana yang lebih kondusif.
Β
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah HSR, YBrs. Dr. Farah Fathiyah binti Zulzaha; Timbalan Pengarah (Perubatan I), YBrs. Dr. Muhammad Firdaus Mohd Fauzi; Timbalan Pengarah (Perubatan II), YBrs. Dr. Sharifah Zuraida binti Syed Mohd Zahudi; menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Pengurusan), YBrs. En. Zaidi bin Mohd Ismara; dan Ketua Penolong Pengarah (Kewangan) JKN Perak, YBrs. Puan Noor Aniza binti Mansor. Sekalung penghargaan dipanjangkan kepada agensi teknikal, pihak kontraktor, dan semua ahli jawatankuasa yang komited memastikan projek ini berjaya direalisasikan.


