my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Naik Taraf Parkir HSR

​Hospital Slim River (HSR) hari ini melangsungkan Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Naik Taraf Parkir di Dewan Seri Mua'llim, yang disempurnakan oleh YB Dato' Sivanesan a/l Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak. Projek yang disiapkan pada 6 November 2025 ini direalisasikan melalui Peruntukan Khas YAB Menteri Besar Perak, melibatkan kawasan seluas 7,300 meter persegi dengan penyediaan 236 petak parkir baharu bagi memperkukuh infrastruktur hospital.
 
​Inisiatif strategik ini bertujuan mewujudkan kawasan parkir yang lebih tersusun, melancarkan aliran trafik, serta memudahkan akses pesakit dan kenderaan kecemasan. Semasa majlis berlangsung, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr. Muhammad Najib bin Adnan merakamkan penghargaan tertinggi kepada Kerajaan Negeri atas sokongan padu yang diberikan. Ia jelas membuktikan sinergi yang utuh antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan fasiliti kesihatan dipertingkatkan selaras dengan aspirasi perkhidmatan yang berkualiti dan berfokuskan rakyat. ​Dengan penyerahan rasmi ini, kemudahan tersebut sedia dimanfaatkan sepenuhnya dalam suasana yang lebih kondusif.
 
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah HSR, YBrs. Dr. Farah Fathiyah binti Zulzaha; Timbalan Pengarah (Perubatan I), YBrs. Dr. Muhammad Firdaus Mohd Fauzi; Timbalan Pengarah (Perubatan II), YBrs. Dr. Sharifah Zuraida binti Syed Mohd Zahudi; menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Pengurusan), YBrs. En. Zaidi bin Mohd Ismara; dan Ketua Penolong Pengarah (Kewangan) JKN Perak, YBrs. Puan Noor Aniza binti Mansor. Sekalung penghargaan dipanjangkan kepada agensi teknikal, pihak kontraktor, dan semua ahli jawatankuasa yang komited memastikan projek ini berjaya direalisasikan.

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

032826
Today: 22
Total: 32,826

Tarikh Kemaskini

  • 07 Ogos 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video