my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐈𝐋𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐉𝐊𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝟖 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐈𝐋𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐉𝐊𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
Hospital Slim River (HSR) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada 𝐃𝐫. 𝐍𝐨𝐫𝐦𝐚𝐡 𝐛𝐭 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐀𝐧𝐞𝐬𝐭𝐞𝐬𝐢𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐩𝐢, atas komitmen beliau mewakili hospital ini ke 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐓𝐢𝐥𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌
 
Majlis pemantapan kerohanian anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dan Hospital Kampar ini telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Julai 2026 bertempat di Dewan Bankuet FAMA, RTC Gopeng. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Zulkhairi bin Mohamed Daud, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) JKN Perak, yang hadir bagi mewakili Pengarah Kesihatan Negeri Perak.
 
Penyertaan Dr. Normah membuktikan bahawa tanggungjawab hakiki merawat pesakit kritikal sama sekali tidak menjadi penghalang kepada usaha memantapkan nilai kerohanian dan kecintaan terhadap Al-Quran.
 
Syabas diucapkan. HSR berharap agar dedikasi yang ditunjukkan ini dapat menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja HSR ke arah pembentukan modal insan yang cemerlang secara holistik.
 

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

032826
Today: 22
Total: 32,826

Tarikh Kemaskini

  • 07 Ogos 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video