Di sebalik kesibukan dan cabaran yang dihadapi setiap hari di hospital, masih terserlah nilai kemanusiaan yang menjadi nadi profesion perubatan.
Hospital Slim River merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Kanmani, yang telah menunjukkan keprihatinan dan empati luar biasa ketika merawat seorang pesakit. Tindakan kecil tetapi penuh makna apabila beliau berkongsi makanannya dengan pesakit telah menyentuh hati ahli keluarga pesakit.
Sesungguhnya, layanan yang penuh ihsan, tutur kata yang lembut dan keikhlasan dalam berkhidmat adalah cerminan sebenar nilai penyayang, profesional dan berintegriti yang sentiasa kami usahakan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Walaupun berdepan dengan pelbagai kekangan dan cabaran dalam sistem kesihatan masa kini, kisah seperti ini mengingatkan kita bahawa sentuhan kemanusiaan tetap menjadi ubat yang paling bermakna buat pesakit.
Terima kasih, Dr. Kanmani. Semoga terus dikurniakan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kesihatan.


