Selamat Hari Jururawat kepada seluruh warga jururawat atas jasa dan pengorbanan serta komitmen yang tidak pernah luntur malah tetap berdiri teguh dan cekal menahan segala cabaran demi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada pesakit khususnya di Hospital Slim River ini .
Bertepatan dengan tema hari jururawat tahun ini “Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives”, menunjukkan bahawa jururawat yang dijaga kebajikan dengan memberi ruang dan peluang untuk berkembang maju. Sokongan daripada Organisasi dengan persekitaran kerja yang kondusif mampu melahirkan seorang jururawat yang cemerlang ,terbilang dan boleh membawa perubahan besar dalam meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan pesakit di masa hadapan. Jururawat perlu terus menuntut ilmu dan bergerak seiring dengan peredaran masa kerana dunia penjagaan kesihatan sentiasa berkembang pesat yang memerlukan pengetahuan & kemahiran terkini bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.
Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026! Anda semua adalah kebanggaan kami.



