Kempen World Hand Hygiene Day (WHHD) 2026 Peringkat Hospital Slim River yang telah berlangsung dari 12/05/2026 -14/05/2026 berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya!
Dengan tema tahun ini “Action Saves Lives”, program ini menekankan bahawa setiap tindakan kecil seperti amalan kebersihan tangan mampu menyelamatkan nyawa. Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya:
- Demonstrasi teknik cucian tangan yang betul
- Pameran dan pertandingan interaktif & kuiz kesedaran
- Bengkel IPC dan Sambutan WHHD 2026 Peringkat Hospital Slim River
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan tangan dalam mencegah jangkitan serta membudayakan amalan kebersihan dalam kalangan warga kerja dan masyarakat. Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini memberi manfaat berterusan dan dapat memperkukuhkan amalan kebersihan tangan dalam kehidupan seharian.
"Action Saves Lives" ✨
#HandHygiene
#WHHD2026


