my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Cawangan Pengurusan Farmasi

01

Cawangan Pengurusan Farmasi

Program Farmasi adalah salah satu dari 5 program utama Jabatan Kesihatan Negeri Perak.  Aktiviti di bawah program ini adalah luas yang juga melibatkan aspek pengurusan yang melibatkan semua hospital-hospital dan fasiliti kesihatan awam di seluruh Negeri Perak. Ini termasuklah pentadbiran, penjawatan dan latihan.

Selain daripada itu, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Perak juga terlibat secara terus dengan pengurusan aktiviti Farmasi dengan Ibu Pejabat Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengurusan Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar perkhidmatan farmasi dilaksanakan mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan dan berterusan dilakukan, sistem kualiti diterap dan diamalkan di dalam perkhidmatan di setiap peringkat serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan yang mantap dilakukan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Bagi pengurusan penjawatan, terdapat tiga (3) kategori jawatan utama yang diuruskan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi:

  • Pegawai Farmasi
  • Penolong Pegawai Farmasi
  • Pembantu Tadbir (Stor)

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perak akan menguruskan pertambahan jawatan. Pertambahan jawatan dapat membantu proses pemurnian penjawatan dan memenuhi keperluan sumber manusia di semua fasiliti termasuk Klinik 1 Malaysia. Walaubagaimanapun pertambahan jawatan ini sangat diperlukan dari masa ke masa selaras dengan pertambahan perkhidmatan, fasiliti dan beban kerja. Selain itu, pertambahan ini juga diperlukan untuk menampung penjawatan yang diisi oleh Pegawai Farmasi Pelatih.

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 42
Jumlah Keseluruhan: 29,243

Tarikh Kemaskini

  • 15 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video