my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Seksyen Farmasi Ambulatori

03

Seksyen Farmasi Ambulatori

Seksyen Farmasi Ambulatori berperanan dalam menyelia perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optimum melalui pemberian ubat yang tepat, betul, efektif, selamat dalam masa yang ditetapkan dengan kuantiti yang mencukupi. Ianya termasuk penyaringan preskripsi, membuat intervensi terhadap sebarang masalah preskripsi dengan preskriber bila perlu, pengisian ubat yang betul, semak silang ubat dan pendispensan. Selain itu, ia termasuk memberikan maklumat berkaitan ubat melalui perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan dan pendidikan kesihatan kepada pelanggan dan penjaga untuk meningkatkan keberkesanan rawatan dalam meningkatkan kualiti penggunaan. 

Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Service, VAS)

Kini, pesakit mempunyai pelbagai pilihan bagi memudahkan pengambilan ubat susulan mereka pada setiap bulan melalui Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi seperti berikut:

i. Ubat Melalui Pos (UMP)

Perkhidmatan UMP adalah kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pos Malaysia. Bekalan ubat akan dihantar sampai ke rumah atau tempat yang diingini dengan caj kiriman PosLaju yang telah ditetapkan bergantung kepada berat bungkusan dan jarak penghantaran. 

ii. Farmasi Pandu Lalu

Pesakit tidak perlu mencari tempat parkir dan hanya perlu pandu ke lokasi yang ditetapkan untuk pengambilan ubat. 

iii. Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

Pesakit boleh mendapatkan bekalan ubat susulan di mana-mana hospital dan klinik kesihatan KKM selain daripada fasiliti asal yang menerima rawatan.

iv. Locker4u

Pesakit boleh mengambil bekalan ubat susulan di loker yang ditetapkan ikut masa kesesuaian diri sepanjang waktu operasi fasiliti.

v. Sistem Temujanji

Melalui sistem temujanji, bekalan ubat pesakit dapat disediakan lebih awal dari tarikh temujanji pengambilan ubat yang telah dipersetujui antara pesakit dan pihak farmasi. Walaupun pesakit masih perlu datang ke kaunter farmasi untuk ambil ubat, tetapi masa menuggu pengambilan ubat telah dipendekkan. 

Nota: Jenis-jenis perkhidmatan tambah nilai Farmasi yang ditawarkan adalah bergantung kepada kesesuaian fasiliti. Pesakit perlu berdaftar dengan fasiliti rawatan dahulu untuk memulakan perkhidmatan tambah nilai Farmasi yang diingini.

googlemap1

HOSPITAL SLIM RIVER
35800 Slim River
Perak Darul Ridzuan

  05-4508000
   h_sriver@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

Hari Ini: 9
Jumlah Keseluruhan: 29,355

Tarikh Kemaskini

  • 15 April 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video